Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
ECoS banteras aktiviti curi elektrik di dua penempatan setinggan
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
ECoS banteras aktiviti curi elektrik di dua penempatan setinggan
ANTARA sambungan haram yang dikesan di salah satu lokasi.
SANDAKAN: Dua penempatan setinggan di daerah ini telah diserbu dalam Operasi Bersepadu diketuai Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) baru-baru  ini bagi membanteras aktiviti pencurian serta penyalahgunaan bekalan elektrik. 

Ketua Pegawai Operasi ECoS Ir Ts Ridwan Saham berkata sebanyak enam  kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Advertisement
“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mencuri elektrik, menjalankan aktiviti penjualan elektrik secara haram serta membuat penyambungan elektrik tanpa kebenaran.

“Bagi kesalahan mencuri elektrik, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi yang dijalankan di Tinusa 1 dan Pangiran Galpam ini turut disertai oleh lebih 50 orang pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Air Sabah (JANS), Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), serta Sabah Electricity (SE).

Sementara itu, beliau memaklumkan kesalahan menjalankan aktiviti penjualan elektrik secara haram disiasat di bawah Seksyen 8(1)(b) enakmen yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement
Bagi kesalahan penyambungan elektrik secara haram tanpa kebenaran pemegang lesen iaitu Sabah Electricity, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 61(8) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa satu kes melibatkan aktiviti mencuri elektrik dan penjualan elektrik secara haram di penempatan setinggan di daerah Sepanggar kini sedang dalam proses pendakwaan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Advertisement
ECoS menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan integriti sistem bekalan elektrik di Sabah terus terpelihara serta membanteras sebarang bentuk penyalahgunaan tenaga elektrik secara haram.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here