Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
‘Utamakan berita sahih bukan kepantasan’
Published on: Monday, April 06, 2026
Published on: Mon, Apr 06, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
‘Utamakan berita sahih bukan kepantasan’
HAJIJI bergambar bersama pengamal media.
Kota Kinabalu: Penyampaian berita yang sahih, bukan kepantasan, adalah faktor utama yang menjadikan media berkesan dalam era lambakan maklumat, kata Pengarah Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong.

“Pelaporan yang disahkan kekal sebagai tunjang kewartawanan yang berwibawa meskipun wujud tekanan semakin meningkat terhadap pengamal media untuk menyiarkan berita dengan pantas,” katanya pada majlis makan malam Media Hari Raya Aidilfitri anjuran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Sabtu.

Advertisement
“Dalam era lambakan maklumat, media yang berkesan ialah media yang menyebarkan berita yang sahih sekali gus menjadi rujukan utama kepada masyarakat dalam membentuk fakta yang tepat,” katanya dalam ucapan mewakili Ketua Menteri.

Selain itu, Lucy berkata media merupakan penghubung penting antara kerajaan dan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Wartawan memikul tanggungjawab berganda iaitu menyampaikan dasar kerajaan dengan jelas kepada rakyat serta menyalurkan kebimbangan masyarakat kembali kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Media dan Komunikasi akan terus memastikan semua berita dan laporan berkaitan Kerajaan Negeri serta Ketua Menteri disalurkan dengan segera dan tepat kepada organisasi media untuk disebarkan melalui platform masing-masing.

Advertisement
“Kami komited untuk memperkukuh kerjasama dengan pihak media,” katanya.

Lebih 200 pengamal media hadir termasuk Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Datuk Jimmy Goh, ketua pengarang dan ketua biro daripada pelbagai organisasi berita.

Advertisement
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Khan Bahadar serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here