Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kami berpisah sebagai kawan – Masidi
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Kami berpisah sebagai kawan – Masidi
Masidi berkata walaupun GRS berharap Usno akan kekal, gabungan itu tetap menghormati langkah parti terbabit untuk keluar.
Kota Kinabalu: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan gabungan itu kekal stabil susulan pengunduran Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) sambil menghomati keputusan parti terbabit.

Menteri Kewangan Sabah dan Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkembangan politik merupakan sebahagian daripada landskap yang bersifat cair dan dinamik.

Advertisement
Beliau berkata walaupun GRS berharap Usno akan kekal, gabungan itu tetap menghormati langkah parti terbabit untuk keluar.

“Kami berharap mereka akan kekal tetapi kami menghormati keputusan itu. Apa yang penting, kita berpisah sebagai kawan, bukan sebagai musuh,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menegaskan perubahan sedemikian adalah perkara biasa, sambil menambah GRS terus kekal teguh.

“Orang akan datang dan pergi… sudah ada permohonan baharu daripada parti-parti politik lain untuk menyertai gabungan ini,” tambahnya.

Advertisement
Usno yang dipimpin presidennya Tan Sri Pandikar Amin Mulia, baru-baru ini mengumumkan pengundurannya daripada GRS dengan alasan perbezaan haluan.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata gabungan itu kekal fokus kepada misi terasnya walaupun berlaku perkembangan tersebut.

Advertisement
“Kami menghormati keputusan mereka dan memahami alasan yang diberikan. Ini perkara biasa dalam politik,” kata Joniston yang juga Ketua Penerangan GRS.

Beliau menegaskan keutamaan gabungan itu kekal tidak berubah.

“Kami akan meneruskan agenda dan memberi tumpuan untuk menyatukan rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama. Itu keutamaan utama kami demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

Joniston turut menambah GRS tidak akan terganggu dengan pengunduran terbabit.

“Kami tidak akan hilang fokus. Hala tuju kami kekal sama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here