Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Beralih kepada kompos sebagai alternatif baja
Published on: Monday, April 06, 2026
Published on: Mon, Apr 06, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Beralih kepada kompos sebagai alternatif baja
PENGGUNAAN baja kompos turut membantu meningkatkan kesuburan tanah.
Tenom: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (Maffi) Datuk Jamawi Jaafar (gambar) menggalakkan petani supaya mengamalkan penggunaan baja kompos sebagai alternatif yang lebih mampan dan menjimatkan kos berikutan kenaikan harga baja global.

Beliau berkata peningkatan kos baja yang didorong oleh faktor global termasuk sekatan eksport oleh negara pengeluar telah memberi tekanan kepada petani selain bekalan tempatan turut terjejas akibat penghentian eksport dari China.

Advertisement
Sehubungan itu, Jamawi berkata peralihan kepada baja kompos boleh membantu petani mengurangkan kos operasi di samping meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.

“Penggunaan baja kompos bukan sahaja mengurangkan kos tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan tanah dengan cara yang lebih mampan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jamawi berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskannya bersama isteri di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa kementerian akan terus bekerjasama dengan pemegang taruh bagi memastikan bekalan baja mencukupi serta pengagihan yang teratur.

Advertisement
Beliau turut menggesa petani supaya sentiasa berhubung rapat dengan pegawai pertanian, veterinar dan perikanan di kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat.

“Kita mempunyai pegawai di lapangan yang sentiasa bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani dan pengusaha,” tambahnya.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, Jamawi merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Katanya, langkah itu amat penting memandangkan rakyat di negeri ini banyak bergantung kepada kenderaan berkuasa diesel.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kebijaksanaan beliau mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

“Kita faham kebanyakan rakyat Sabah menggunakan kenderaan diesel, khususnya kenderaan pacuan empat roda, disebabkan faktor geografi, jarak antara bandar yang jauh serta keadaan jalan raya yang tidak setanding dengan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat di Semenanjung Malaysia dapat memahami keperluan berbeza di Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan subsidi bahan api dengan bijak dan mengelakkan pembaziran.

“Kita perlu memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya. Jika ada lebihan, amalkan sikap berjimat kerana ia penting untuk masa depan. Jangan membazir,” katanya.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap sektor pertanian dan perikanan, beliau turut mengingatkan pengusaha supaya lebih berhati-hati, khususnya dalam keadaan cuaca panas ketika ini.

“Kami menasihatkan agar mengelakkan pembakaran terbuka kerana ia boleh mengundang risiko kebakaran dan menjejaskan alam sekitar,” katanya.

Jamawi berkata kementerian sedang berusaha membantu petani kecil yang masih belum menerima subsidi bahan api.

“Kami telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup supaya mereka dapat didaftarkan dan turut menikmati subsidi bahan api untuk kegunaan sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 8,000 penduduk dari Tenom, Kemabong dan Melalap menghadiri majlis rumah terbuka itu yang berlangsung dalam suasana harmoni, mencerminkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Jamawi berkata kehadiran yang memberangsangkan itu jelas menunjukkan semangat perpaduan yang terus utuh dalam kalangan rakyat negeri ini.

Beliau menambah keunikan Sabah yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama kekal sebagai kekuatan utama dalam memupuk perpaduan dan keharmonian berterusan.

“Ini mencerminkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian yang perlu terus kita perkukuhkan pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin, Pembantu Menteri I Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan merangkap Adun Lumadan Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Adun Tulid Jordan Jude Ellron, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap OKK Tusip Tulas, pengurus besar jabatan dan agensi Maffi serta pemimpin tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here