Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Beli minyak subsidi, jual semula lebih mahal
Published on: Sunday, April 26, 2026
Published on: Sun, Apr 26, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Beli minyak subsidi, jual semula lebih mahal
PENGUAT KUASA memeriksa bahan api serta peralatan di premis itu.
Tuaran: Kegiatan membeli petrol dan diesel di stesen minyak sebelum dijual semula pada harga lebih tinggi terbongkar selepas sebuah premis tidak bernombor di Kampung Taun Gusi Padang, Kota Belud diserbu dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), pada Jumaat.

Serbuan tersebut dijalankan oleh Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut sebelum kes berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tuaran untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, pihak berkuasa merampas sejumlah minyak disyaki petrol dan diesel bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan modus operandi membeli barang kawalan di stesen minyak berhampiran sebelum menjualnya semula kepada orang awam pada harga lebih tinggi bagi mengaut keuntungan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihak KPDN memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

KPDN turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here