Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Sabah komited pembangunan inklusif, basmi miskin tegar
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah komited pembangunan inklusif, basmi miskin tegar
Musa juga memaklumkan kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program bantuan merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kewangan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan rentan agar tidak tercicir dalam arus pembangunan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menegaskan semula komitmennya terhadap pembangunan inklusif dengan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Bagi mencapai matlamat itu, Yang di-Pertua Negeri  Tun Musa Aman berkata infrastruktur asas di kawasan luar bandar akan terus dipertingkatkan bagi meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Advertisement
Di bawah kerangka Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, beliau berkata Program Pembasmian Kemiskinan Tegar akan diperkukuh melalui lima teras utama iaitu perumahan, pendidikan, pekerjaan, kebajikan serta keusahawanan dan latihan.

“Intervensi jangka sederhana dan panjang akan dilaksanakan secara bersepadu bagi memastikan pendapatan ketua isi rumah miskin tegar dapat ditingkatkan secara berterusan dan mampan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi luar bandar, kerajaan negeri akan membangunkan empat pekan baharu di Penangah, Tongod; Melalap, Tenom; Ulu Dusun, Sandakan; dan Beluran,” katanya.

Musa berkata tumpuan turut diberikan kepada perancangan fizikal dan guna tanah melalui semakan Pelan Struktur Negeri Sabah serta pelan daerah bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan terselaras di seluruh negeri.

Advertisement
Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program bantuan merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kewangan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan rentan agar tidak tercicir dalam arus pembangunan.

Katanya, usaha juga akan dipergiat untuk mempertingkat perkhidmatan kebajikan serta menyediakan kemudahan lebih baik untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Advertisement
“Inisiatif Pusat Autisme Sabah (Paus) akan diperluas ke Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort bagi menyediakan perkhidmatan intervensi awal serta sokongan kepada kanak-kanak autisme dan ibu bapa mereka.

“Selain itu, Pusat Jagaan Harian di bawah inisiatif Merpati turut diperkenalkan bagi menyediakan penjagaan, sokongan dan aktiviti sosial untuk warga emas,” katanya.

Mengenai pemerkasaan penyertaan ekonomi wanita, khususnya ibu tunggal dan golongan B40, Musa berkata ia kekal sebagai keutamaan melalui program sedia ada serta inisiatif baharu seperti BizBloom oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang bertujuan membantu wanita menjana pendapatan sendiri serta mencapai kebebasan kewangan.

Beliau berkata pembangunan belia turut diperkukuh melalui beberapa inisiatif baharu seperti Rakan Belia SMJ, selain cadangan menubuhkan badan korporat atau institusi kewangan khusus bagi menyokong usahawan muda.

“Kerajaan Negeri juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri kreatif bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam sektor ini,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pembangunan sukan terus menjadi fokus dengan pelaksanaan tiga program utama iaitu Pembangunan Atlet Berprestasi Tinggi, Pembangunan Sukan Para dan Pekak serta Sukan Massa bagi melahirkan atlet berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Musa menambah kerajaan turut akan menubuhkan Tabung Kebajikan Sukan Sabah bagi menjaga kebajikan komuniti sukan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here