Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Remaja cederakan adik kena bon, bapa dan kakak didenda
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Remaja cederakan adik kena bon, bapa dan kakak didenda
KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun, manakala bapa dan kakaknya masing-masing didenda RM2,000 kerana menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuan mereka yang berusia 12 tahun.

Rayner Riset, 43, Arizona Nerence Rayner, 23, serta remaja lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Marlina Ibrahim.

Advertisement
Remaja itu dikenakan bon RM2,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin tempatan. Rayner dan Arizona dikenakan denda tanpa hukuman penjara sebagai ganti jika gagal membayar.

Mereka melakukan perbuatan itu kira-kira 1 tengah hari pada 21 Jan tahun ini di sebuah rumah di Kampung Mansiang, Manggatal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana didakwa mendera mangsa.

Advertisement
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, peguam Lawrence Lim yang mewakili mereka telah mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan dan diterima, menyebabkan pertuduhan asal dikurangkan kepada pertuduhan berasingan yang lebih ringan.

Advertisement
Si bapa dan anak-anaknya kemudian dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan asal yang digugurkan oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya AK Johari mewakili pihak pendakwaan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here