Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
DBKK pantau lampu jalan di Inanam, Likas dan Kolombong
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK pantau lampu jalan di Inanam, Likas dan Kolombong
PEROSAK memotong kabel bagi beberapa lampu di Lorong Industri Warisan 1 dan Lorong Industri Warisan 2.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang memantau keadaan lampu jalan di beberapa kawasan termasuk Inanam, Likas dan Kolombong bagi memastikan orang awam tidak terjejas akibat pencahayaan yang kurang memuaskan.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan agensi itu berkata kontraktor elektriknya telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan berkala ke atas lampu jalan di Lorong Industri Warisan 1 dan Lorong Industri Warisan 2 selain lampu di pembahagi jalan di tengah Jalan Tuaran.

Advertisement
Menurutnya perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti sebagai punca utama kekurangan pencahayaan di kedua-dua lorong berkenaan.

“Pihak tidak bertanggungjawab ini dipercayai melarikan satu bentangan kabel menyebabkan lebih 10 lampu tidak berfungsi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pihaknya mengesyaki perosak tersebut menyasarkan logam pada kabel talian atas.

SEORANG juruteknik memeriksa  sambungan longgar yang mungkin  menjadi punca lampu di kawasan Inanam ini tidak berfungsi.“Pencuri mungkin berhasrat menjual tembaga sebagai logam terpakai. Namun kabel yang dicuri itu mempunyai nilai jualan semula yang rendah kerana diperbuat daripada aluminium,” ujarnya.

Advertisement
Katanya satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Selain memasang kabel baharu sepanjang 300 meter, jurucakap itu berkata pekerja kontraktor turut membaiki beberapa lampu yang terjejas di kawasan Inanam tersebut.

Advertisement
“Sepasang mentol dan lampu jenis LED (diod pemancar cahaya) didapati rosak dan telah diganti serta-merta.

“Juruteknik juga membaiki sebarang sambungan longgar melibatkan lampu-lampu berkenaan,” jelasnya.

Menurut jurucakap itu lagi kontraktor turut menjalankan ujian pada waktu siang bagi memastikan kemudahan itu berfungsi dengan baik.

“Kontraktor kemudian kembali pada waktu malam untuk menilai sama ada Lorong Industri Warisan 1 dan Lorong Industri Warisan 2 menerima pencahayaan yang mencukupi,” tambahnya.

SEBUAH tiang baharu setinggi 8 meter telah dipasang di pembahagi jalan di tengah Jalan Tuaran.Individu tersebut turut memantau ‘kawasan bermasalah’ selama beberapa hari selepas itu.

Katanya tiada lampu yang mengalami kerosakan sepanjang tempoh pemantauan tersebut.

“Kami telah mengingatkan individu berkenaan supaya lebih peka terhadap sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan kemudahan ini pada masa akan datang.

“Namun perkara ini mungkin sukar dilaksanakan sepenuhnya memandangkan keluasan kawasan seliaan kami yang menjadikan mustahil untuk kontraktor dan pekerjanya berada di semua tempat pada satu masa,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap orang ramai akan terus memaklumkan kepada pihak DBKK sekiranya menyaksikan perbuatan vandalisme terhadap lampu jalan.

Menurutnya langkah itu akan membolehkan pihak agensi mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah berkenaan.

Bagi kawasan Jalan Tuaran beliau berkata kerosakan teknikal telah menyebabkan lampu di pembahagi jalan di dua bahagian berasingan tidak berfungsi.

Beliau memaklumkan pasukan kontraktor turut membaiki sebahagian kabel bawah tanah yang membekalkan kuasa kepada lampu di sepanjang laluan utama sejauh 468 meter iaitu antara Taman Hon Kong dan persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Juta di Likas.

“Mereka juga menggantikan satu tiang setinggi 8 meter di bahagian median,” katanya.

Jurucakap itu menyatakan gangguan bekalan di Jalan Tuaran iaitu antara persimpangan Jalan Kolombong dan Jalan Udan, berpunca daripada beberapa komponen yang rosak.

Jarak antara kedua-dua persimpangan tersebut adalah kira-kira 457 meter.

“Dua unit ‘lampu lentera’ dan satu ‘contactor’ didapati rosak.

“Pekerja kontraktor telah memasang komponen baharu bagi menggantikannya,” ujarnya.

Tambahnya mentol baharu yang dipasang mempunyai kekuatan 250 watt manakala ‘contactor’ pula mampu menyalurkan arus elektrik sehingga 60 amp.

Beliau menjelaskan bahawa “contactor” ialah sejenis suis yang berfungsi untuk membuka dan menutup litar elektrik secara berulang.

Apabila ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan lampu jalan di bawah bidang kuasa DBKK, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap ditetapkan untuk kerja-kerja tersebut.

“Kemudahan ini akan diselenggara apabila perlu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here