Tue, 21 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Bantuan digerakkan – Hajiji
Published on: Monday, April 20, 2026
Published on: Mon, Apr 20, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Bantuan digerakkan – Hajiji
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) menzahirkan dukacita terhadap insiden kebakaran besar di Kg Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, awal pagi Ahad.

Mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sementara menunggu bantuan lanjut daripada pihak berkuasa. Tiada kematian dilaporkan.

Advertisement
Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa, selain menyalurkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan kebajikan semua mangsa terpelihara termasuk penyediaan tempat perlindungan sementara, bekalan makanan dan keperluan lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerajaan Negeri sedang memantau perkembangan secara berterusan bagi memastikan semua bentuk bantuan dapat disalurkan dengan pantas, secara terselaras dan berkesan.

Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here