Wed, 22 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Tiga penyanyi Sabah ke pentas akhir AJL40
Published on: Monday, April 20, 2026
Published on: Mon, Apr 20, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Tiga penyanyi Sabah ke pentas akhir AJL40
MARSHA, Ryenald, Wany antara penyanyi berjaya ke peringkat akhir AJL40.
TIGA penyanyi Sabah iaitu Marsha Milan, Ryenald Guntabid dan Wani Kayrie, berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Kejayaan itu menyaksikan dominasi bakat kelahiran Sabah dalam industri muzik tempatan dengan ketiga-tiga artis tampil membawa kekuatan dan identiti tersendiri.

Advertisement
Juara AJL39 Marsha Milan mara pentas akhir menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa, hasil ciptaan sendiri dengan lirik oleh Hazama. 

Dikenali dengan kekuatan vokal dan penghayatan emosi, penyanyi kelahiran Tamparuli itu sekali lagi dilihat sebagai antara pencabar utama untuk mempertahankan kedudukannya di pentas akhir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penyanyi berbakat dari Tambunan, Ryenald Guntabid mencipta kejutan tersendiri apabila mara ke final dengan lagu Lumangad Oku Dika, yang merupakan ciptaan dan nyanyiannya sendiri. 

Penyertaannya membawa warna unik berunsurkan identiti tempatan sekali gus memperluas kepelbagaian genre yang dipertandingkan.

Advertisement
Turut mencuri perhatian ialah Wani Kayrie dari Sandakan yang akhirnya menamatkan penantian panjang untuk beraksi di pentas AJL. 

Lagu Cak Cak Cekuk, ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh, berjaya membawa namanya ke peringkat akhir selepas mendapat sambutan meluas khususnya di media sosial.

Advertisement
Kehadiran tiga penyanyi ini membuktikan bahawa bakat dari Sabah terus relevan dan berdaya saing di peringkat nasional.

Barisan finalis AJL40 lain termasuk Dayang Nurfaizah yang mempertaruhkan lagu Lemah ciptaan Hael Husaini serta Aina Abdul dengan lagu Kamu, hasil ciptaan sendiri.

Turut melengkapkan senarai ialah Amir Masdi menerusi lagu Nurcinta (bersama Edry Abd Halim), Aisha Retno dengan Tak Adil serta Hazama yang tampil dengan Semacam Pandora.

Selain itu, kolaborasi Luca Sickta bersama Kmy Kmo dan Salammusik menerusi lagu Ke Mana Ni serta kumpulan K.O.I dengan lagu Tiwikarma turut melengkapkan barisan 10 finalis edisi kali ini.

Kesemua sepuluh lagu yang terpilih ke peringkat akhir merupakan daripada 20 lagu yang bersaing pada Separuh Akhir AJL40 pada 17 dan 18 April di Shah Alam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here