Tue, 21 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Sinergi guru dan penulis cilik di SK Pekan Kimanis
Published on: Monday, April 20, 2026
Published on: Mon, Apr 20, 2026
Text Size:
Text:
Sinergi guru dan penulis cilik di SK Pekan Kimanis
Jasni menegaskan, inisiatif itu bukan sekadar platform perkongsian ilmu linguistik dan teknik penulisan, malah merupakan satu wahana strategik dalam membina budaya tinggi (high culture) dalam kalangan generasi muda.
KIMANIS: Usaha melestarikan kelangsungan sastera kebangsaan di peringkat sekolah rendah diperkukuhkan melalui penganjuran bengkel penulisan cerpen dan puisi yang melibatkan bimbingan langsung kepada para guru dan penulis cilik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis, baru-baru ini.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani, menegaskan, inisiatif itu bukan sekadar platform perkongsian ilmu linguistik dan teknik penulisan, malah merupakan satu wahana strategik dalam membina budaya tinggi (high culture) dalam kalangan generasi muda.

Advertisement
Dalam sesi bimbingan yang berlangsung di Dewan Pusat Sumber, SK Pekan Kimanis itu, Jasni menghuraikan bahawa pendedahan awal terhadap dunia sastera mampu membentuk jati diri dan intelektualisme yang tinggi.

“Melalui kerjasama yang erat antara guru dan pelajar, ia merupakan pemangkin kepada pembentukan ekosistem sastera yang lebih inklusif di peringkat akar umbi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerjasama yang terjalin ini bukan sahaja menyentuh aspek teknikal bahasa Melayu dan sastera, tetapi usaha murni untuk menerapkan nilai estetika dan pemikiran kritis yang relatif dengan budaya sastera pada peringkat awal usia,” ujar Jasni.

Jasni, yang juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, menyifatkan penglibatan aktif sekolah-sekolah di luar bandar seperti SK Pekan Kimanis itu sebagai satu langkah signifikan dalam memastikan sastera kebangsaan terus relevan dan berdaya saing di negeri Sabah.

Advertisement
“Penganjuran bengkel ini dilihat berupaya mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi menjadi pewaris kepimpinan sastera masa hadapan. Kepentingan menguasai sastera bukan sekadar untuk tujuan akademik semata-mata, malah sebagai medium untuk mendokumentasikan pemikiran dan citra bangsa melalui karya yang bermutu,” kata Jasni.

Beliau turut berharap agar program itu dapat memberikan impak jangka panjang terhadap kecintaan pelajar kepada bahasa ibunda, sekaligus memperkukuh peranan Sabah dalam memperkayakan khazanah kesusasteraan di Malaysia secara keseluruhan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here