Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Tindakan tegas menanti pemborong, peruncit sorok beras putih di Sabah – Jamawi
Published on: Thursday, April 09, 2026
Published on: Thu, Apr 09, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tindakan tegas menanti pemborong, peruncit sorok beras putih di Sabah – Jamawi
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah memberi amaran dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tuntas serta tegas terhadap mana-mana pemborong atau peruncit di Sabah yang didapati menyorok bekalan beras putih import.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar (gambar) berkata arahan jelas telah dikeluarkan kepada Bahagian Kawal Selia Beras di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melaksanakan penguatkuasaan itu.

Advertisement
Beliau memandang serius isu keterjaminan bekalan makanan ruji rakyat Sabah itu dan enggan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memanipulasi pasaran bagi tujuan tertentu.

“Saya amat serius dan mengambil tahu akan keperluan beras yang mencukupi untuk rakyat Sabah. Saya telah mengarahkan Bahagian Kawal Selia KPKM untuk mengambil tindakan tuntas kepada mana-mana pemborong atau peruncit menyorok beras putih import ini atas apa-apa tujuan,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Jamawi mempengerusikan sesi libat urus yang menghimpunkan semua agensi kerajaan dan pemain industri berkaitan beras bagi memastikan bekalan itu sentiasa mencukupi serta tersedia di pasaran tempatan seluruh negeri. 

Sesi itu dihadiri wakil Lembaga Padi dan Beras Sabah, Bahagian Kawal Selia Beras KPKM, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Advertisement
Yang turut hadir ialah wakil Lembaga Pelabuhan Sabah berserta barisan pemborong, peruncit dan pemain industri padi dan beras Sabah.

Jamawi berkata sesi itu ialah platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak bagi memastikan rantaian bekalan beras kekal stabil.

Advertisement
Beliau berkata persetujuan telah dicapai untuk mengambil pelbagai langkah intervensi dan penguatkuasaan drastik bermula hari ini.

“Langkah-langkah drastik ini penting agar keterjaminan makanan ruji ini sentiasa mencukupi untuk semua rakyat Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here