Fri, 10 Apr 2026
Headlines:
‘Sabah mungkin akan kekal dalam pembangunan mundur’
Published on: Wednesday, April 08, 2026
Published on: Wed, Apr 08, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
‘Sabah mungkin akan kekal dalam pembangunan mundur’
Wong berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 2025 yang memihak kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada asalnya merupakan berita baik yang lama dinantikan oleh rakyat Sabah.
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin berkata Sabah yang sudah ketinggalan dari segi pembangunan selama setengah abad, mungkin akan terus kekal dalam keadaan ‘pembangunan yang mundur’ susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan pembayaran 40 peratus hasil bersih kepada Sabah.

Menurutnya, sejak 1974, Sabah tidak menerima hasil bersih itu dan kelewatan pembangunan amat menjejaskan keyakinan di pelbagai sektor. 

Advertisement
Tambahnya, rakyat Sabah terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya yang berpanjangan sehingga memberi tekanan psikologi kepada penduduk.

Wong berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 2025 yang memihak kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada asalnya merupakan berita baik yang lama dinantikan oleh rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ia memberi harapan untuk pembangunan yang lebih stabil, masa depan yang lebih cerah, persekitaran hidup yang lebih baik dan kemudahan asas yang lebih sempurna. 

Bagaimanapun, katanya, rayuan oleh Kerajaan Persekutuan kini membawa kembali kepada ketidaktentuan. 

Advertisement
Wong turut mencabar dakwaan bahawa pembayaran itu akan membebankan kewangan Persekutuan dengan menegaskan bahawa walaupun selepas 180 hari, rundingan masih belum dimuktamadkan.

Kaedah pembayaran – sama ada secara penuh atau berperingkat – masih belum diputuskan dan jumlah keseluruhan juga masih belum diketahui. “Jadi bagaimana boleh disimpulkan bahawa perkara ini akan menjejaskan kewangan Persekutuan?” soalnya.

Advertisement
Beliau mencadangkan agar Kerajaan Sabah membangkitkan isu itu secara khusus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang bagi memastikan hak 40 peratus itu tidak terus tertangguh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here