Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Rundingan akan diteruskan: Ketua Menteri
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
Text Size:
Text:
Rundingan akan diteruskan: Ketua Menteri
Hajiji berkata, Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berhubung hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berjanji untuk menghormatinya.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi untuk menyemak geran khas bagi Tempoh Terlepas (Lost Years), serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari bagi pembayaran hak Sabah sebanyak 40 peratus sementara menunggu rayuan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun prosiding mahkamah sedang berjalan, adalah diharapkan rundingan akan diteruskan dengan niat baik ke arah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Beliau berkata, perintah penangguhan yang diberikan adalah bersifat prosedural dan mengekalkan status quo sehingga rayuan Kerajaan Persekutuan didengar.

“Ia tidak mengetepikan Perintah Mahkamah Tinggi sedia ada. Walaupun perintah Mahkamah Tinggi untuk mengadakan semakan adalah bagi Tempoh Terlepas [1974–2021], ia tidak seharusnya menghalang semakan bagi tahun-tahun semasa memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempertikaikan formula 40 peratus serta keperluan untuk mengadakan semakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang membantah penangguhan Perintah Mahkamah Tinggi tersebut, namun menegaskan bahawa kerajaan tetap menghormati keputusan terbaharu mahkamah.

“Ini adalah satu proses yang sedang berjalan dan Kerajaan Negeri akan terus berbincang serta mencari penyelesaian,” tegasnya.

Advertisement
Hajiji berkata, Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berhubung hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berjanji untuk menghormatinya.

Tarikh tentafif bagi pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan adalah antara 27 hingga 30 Oktober 2026 dan satu e-Review ditetapkan pada 13 April 2026 bagi mengesahkan tarikh sebenar pendengaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here