Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Pemandu cedera 4WD langgar kereta api
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Pemandu cedera 4WD langgar kereta api
KERETA API dan 4WD terbabit nahas itu.
BEAUFORT: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) cedera ringan selepas kenderaannya terlanggar sisi sebuah kereta api di Batu 58, Jalan Loji Air Beaufort, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Wong Leong Meng, mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi.

Advertisement
“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta api dalam perjalanan dari Tenom menuju ke Beaufort, dengan sebuah Isuzu D-Max.

“Akibat kejadian itu, 4WD berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, manakala kereta api mengalami kerosakan pada bahagian tepi kiri hadapan, termasuk kerosakan pada tangki minyak dan bateri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemandu 4WD itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, manakala pemandu kereta api 11 penumpang kereta api itu tidak cedera.

Menurut Wong, hasil siasatan mendapati laluan kereta api di lokasi kejadian tidak berpagar dan bukan laluan yang dibenarkan untuk kegunaan kenderaan awam melintas.

Advertisement
Pihak polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak melintas di mana-mana landasan kereta api yang tidak dibenarkan, sebaliknya hanya menggunakan laluan yang dibenarkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here