Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kesilapan petugas stesen minyak sebabkan MyKad tertukar
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Kesilapan petugas stesen minyak sebabkan MyKad tertukar
FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
SIPITANG: Kesilapan seorang pekerja stesen minyak yang tidak mengembalikan MyKad kepada pemilik asal mencetuskan kekecohan pada Ahad.

Kesilapan yang tidak disedari pada ketika itu berlaku pada jam 8.20 malam menyebabkan seorang kakitangan kerajaan wanita terpaksa menunggu di stesen berkenaan selama beberapa jam sebelum dapat mengambil semula kad pengenalannya yang telah diberikan kepada pelanggan lain.

Advertisement
Beliau berkata pekerja berkenaan sepatutnya memastikan MyKad itu dikembalikan kepada pemilik yang sah.

Pengurus stesen segera membuat laporan polis dan meneliti rakaman CCTV.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Melalui perkongsian di aplikasi WhatsApp, orang awam berjaya memulangkan dokumen tersebut kepada wanita berkenaan pada malam hari sama.

Mangsa menasihati orang ramai supaya memastikan sebarang dokumen yang dikembalikan benar-benar milik masing-masing sebelum meninggalkan stesen minyak.

Advertisement
“Bayangkan terpaksa menunggu begitu lama akibat kecuaian sebegini. Mujurlah MyKad tidak jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyalahgunaan.

“Kecuaian sebegini tidak sepatutnya berlaku jika pekerja itu melakukan semakan dan mengenal pasti pelanggan yang sah,” katanya.

Advertisement
Difahamkan perkara berkenaan merupakan kejadian pertama sejak stesen minyak beroperasi di Sipitang dan pekerja terbabit telah berkhidmat di stesen itu selama dua setengah tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here