Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki cedera lori simen terbabas di Bukit Kelawat
Published on: Monday, March 09, 2026
Published on: Mon, Mar 09, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki cedera lori simen terbabas di Bukit Kelawat
SITUASI di tempat kejadian.
KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera selepas lori simen yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Tuaran - Kota Belud, Bukit Kelawat di sini, Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud Elge Bakuk berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.48 petang.

Advertisement
Sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, anggota mendapati lori dalam keadaan terbalik,” kata Elge ketika dihubungi. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya pemandu terlibat dihantar oleh pihak perubatan ke hospital Kota Belud sebelum ketibaan pasukan itu di lokasi.

Pasukan itu kemudiannya memotong kabel sambungan bateri kenderaan serta membersihkan laluan jalan raya daripada tumpahan habuk simen sebelum menamatkan operasi pada jam 4.20 petang.

Advertisement
“Punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam insiden berasingan, tular rakaman video sejak Sabtu lalu, menggunakan dron yang memaparkan sebuah kereta berwarna merah dipandu, hilang kawalan lalu merempuh jentera penunda di lokasi sama. 

Advertisement
Kejadian dirakam secara kebetulan itu berlaku ketika sekumpulan pekerja sedang giat membersihkan tumpahan habuk simen akibat kemalangan lori simen berkenaan.

Sehingga kini belum diketahui sebarang laporan atau status kecederaan mangsa yang menaiki kenderaan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here