Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
RM164 juta untuk pembangunan modal insan di bawah RMK13
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
Text Size:
Text:
RM164 juta untuk pembangunan modal insan di bawah RMK13
Hajiji berkata penggunaan kit robotik Leanbot sebagai alat pembelajaran utama dan menyokong integrasi latihan secara fizikal serta simulasi melalui Digital Twin, di samping penggunaan aksesori latihan seperti Field Track/Field Model untuk aktiviti ujian dan cabaran robotik di dalam kelas adalah pendekatan “hands-on” yang penting.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM164.01 juta untuk program pembangunan modal insan di Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pembangunan modal insan tetap diutamakan menjadi sebahagian daripada program pembangunan anak-anak watan negeri ini ke arah mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Advertisement
“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan,” katanya di majlis perasmian Program Latihan Guru-Guru untuk Pertandingan Robotik SMJ di SJKC Lok Yuk, Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri berkata antara bidang yang diutamakan ialah pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi kecerdasan buatan (AI).

Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang membuka peluang pendidikan berkualiti secara lebih meluas dan inklusif, terutamanya yang mengangkat STEM dan inovasi sebagai budaya pembelajaran di sekolah.

Advertisement
“Kita mahu memastikan program seperti ini berjalan dengan teratur dan kemas, melalui kerjasama rapat antara pihak pendidikan, sekolah, komuniti dan rakan strategik, supaya guru mendapat sokongan yang sewajarnya dan murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna,” katanya.

Dalam konteks ini, beliau berkata latihan guru-guru hari ini adalah signifikan kerana murid akan lebih bersedia untuk memahami teknologi, membina keyakinan, dan menghasilkan inovasi yang berguna apabila guru mereka diperkasa dengan kemahiran dan alat yang betul.

Advertisement
“Program ini tidak sekadar memperkenalkan robotik sebagai aktiviti tambahan, tetapi ia juga dengan pendekatan yang lebih tersusun melalui model pelaksanaan di sekolah.

“Ini termasuk keperluan infrastruktur minimum, penggunaan kit robotik, platform pembelajaran, serta latihan guru secara Train-the-Trainer untuk memastikan pelaksanaan benar-benar berkesan,” katanya.

Hajiji berkata penggunaan kit robotik Leanbot sebagai alat pembelajaran utama dan menyokong integrasi latihan secara fizikal serta simulasi melalui Digital Twin, di samping penggunaan aksesori latihan seperti Field Track/Field Model untuk aktiviti ujian dan cabaran robotik di dalam kelas adalah pendekatan “hands-on” yang penting.

“Ia membantu murid belajar melalui pengalaman membina, menguji, membuat penambahbaikan, dan akhirnya memahami konsep secara lebih mendalam, bukan sekadar menghafal teori,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here