Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lapan notis dikeluarkan dalam Ops Bazar Ramadan di Sandakan
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lapan notis dikeluarkan dalam Ops Bazar Ramadan di Sandakan
JACKSON (dua dari kiri) bersama pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan memeriksa salah satu gerai di Bazar Ramadan Bataras Sandakan.
SANDAKAN: Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan mengeluarkan lapan notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 sepanjang minggu pertama pemeriksaan Ops Bazar Ramadan 2026 di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Sandakan Dr Jackson Wong berkata notis tersebut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengendali makanan gagal mendapatkan suntikan anti-tifoid daripada pengamal perubatan, tidak memakai peralatan perlindungan diri seperti apron dan kasut yang sesuai serta membiarkan kuku panjang atau kotor ketika mengendalikan makanan.

Advertisement
Notis tambahan turut dikeluarkan terhadap peniaga daging sejuk beku yang didapati menyimpan daging di luar julat suhu ditetapkan iaitu antara -1°C hingga 10°C.

“Pemeriksaan di bazar masih diteruskan dan kami menggesa semua pengendali makanan supaya tidak leka atau cuai dalam memastikan kebersihan serta keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai,” katanya kepada media ketika mengetuai pemeriksaan minggu kedua Ops Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Bataras pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama termasuk tahap kebersihan gerai dan persekitaran bazar selain amalan kebersihan diri pengendali makanan seperti pemakaian apron, penutup kepala serta prosedur pengendalian makanan yang selamat.

Pemeriksa turut menyemak status suntikan tifoid, sijil latihan pengendali makanan, kaedah penyimpanan makanan dan kawalan suhu yang bersesuaian.

Advertisement
Dr Jackson berkata ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis, kompaun atau penutupan premis sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan awam.

Ops Bazar Ramadan merupakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pejabat kesihatan daerah bagi memastikan piawaian keselamatan dan kebersihan makanan dipatuhi sepanjang bulan Ramadan. Operasi ini dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Advertisement
Menurut beliau Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan telah mengadakan sesi taklimat kepada semua peniaga bazar Ramadan dari 10 hingga 12 Februari lalu khusus berkaitan tanggungjawab mereka dalam mematuhi peraturan keselamatan makanan.

“Justeru tiada alasan untuk tidak mengeluarkan notis kompaun kepada pengendali makanan yang ingkar terhadap peraturan ini,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa keselamatan makanan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama antara peniaga dan pengguna.

Peniaga digesa mengutamakan kebersihan dan mematuhi semua keperluan undang-undang manakala pengguna pula disaran memilih gerai yang bersih, memastikan makanan yang dibeli dilindungi daripada pencemaran serta mengamalkan penyimpanan makanan yang selamat selepas pembelian.

Pemeriksaan yang melibatkan lebih 30 pegawai penguat kuasa kesihatan itu akan diteruskan sehingga minggu keempat Ramadan bagi memastikan semua makanan dan minuman yang dijual selamat untuk dimakan orang ramai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here