Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
TYT hadir Majlis Berbuka Puasa DBKK
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
Text Size:
Text:
TYT hadir Majlis Berbuka Puasa DBKK
YANG di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Magellan Sutera Resort.

Majlis pada Isnin itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Juliah Salag, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu-Pembantu Menteri dan Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah. 

Advertisement
Keberangkatan tiba Musa dan isteri pada jam 6 petang disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan. 

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf serta masjid-masjid sebagai tanda keprihatinan sempena Ramadan diikuti tazkirah dan bacaan doa. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tepat jam 6.29 petang, hadirin berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. 

Tetamu kemudian menikmati jamuan makan malam yang diserikan dengan persembahan selingan, sebelum bersama-sama menunaikan solat Isyak,solat sunat Tarawih dan seterusnya moreh. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here