Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki mengaku tidak salah cabul remaja perempuan
Published on: Tuesday, March 03, 2026
Published on: Tue, Mar 03, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki mengaku tidak salah cabul remaja perempuan
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun pada Isnin didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang gadis berusia 15 tahun.

Aslan Syah Saymsir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Hurman Hussain atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Advertisement
Aslan didakwa melakukan kesalahan itu dengan menyentuh perut dan bahagian sulit seorang remaja perempuan bagi tujuan seksual kira-kira jam 11 malam pada November 2024 di sebuah rumah di Ranau.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 2 April tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan Aslan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan iaitu ibu bapanya.

Tertuduh turut diperintahkan supaya melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan, tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah jika ada.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir manakala Aslan tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here