Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Kerjasama SCC, AgriData kukuh transformasi pertanian Sabah
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Kerjasama SCC, AgriData kukuh transformasi pertanian Sabah
JAMAWI (tengah), Jumain (dua dari kiri) serta Pairin (dua dari kanan) bergambar bersama Matthew (kiri) dan Taitim (kanan) sambil mempamerkan dokumen MoU masing-masing yang telah ditandatangani.
TAMBUNAN: Kerjasama strategik antara Sabah Credit Corporation (SCC) dan AgriData dijangka mempercepatkan transformasi sektor pertanian di negeri ini dengan memanfaatkan teknologi moden, memperkasa usahawan tempatan dan meningkatkan tahap keterjaminan makanan.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang berlangsung pada Sabtu, turut disertai dengan perasmian AgriSpark, sebuah platform penting untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan produktiviti tempatan. 

Advertisement
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar dalam ucapannya menyatakan bahawa kerjasama ini akan memberi impak positif, terutamanya dalam membuka peluang kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi sektor pertanian.

Jamawi turut menggariskan betapa pentingnya kerjasama antara agensi kerajaan dan industri swasta bagi memastikan Sabah dapat mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau memberi contoh pengeluaran padi yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk, dengan lebih 230,000 tan beras diimport dari Vietnam. 

Kerajaan negeri, menurut Jamawi, telah memperuntukkan RM80 juta subsidi untuk menampung kekurangan ini dan sedang berusaha mewujudkan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) padi.

Advertisement
Sektor pertanian yang moden dan berasaskan teknologi, katanya, adalah kunci untuk memastikan negara dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa. 

Datuk Jamawi turut mengingatkan bahawa kementeriannya komited untuk menyokong transformasi ini, termasuk memperkenalkan beberapa inisiatif seperti Program Kebun Dapur yang bertujuan memberi peluang kepada isi rumah menghasilkan tanaman, perikanan dan ternakan berskala kecil bagi memastikan bekalan makanan berterusan dan stabil.

Advertisement
Selain itu, Jamawi juga memuji usaha anak muda seperti Matthew Johnny Kulai, yang turut terlibat dalam Program Mentor–Mentee Pertanian. 

Matthew yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama AgriData, telah memulakan penanaman pelbagai sayur-sayuran seperti salad, tomato kristal, timun Jepun, dan strawberi di kawasan tersebut, menjadi contoh kepada golongan muda untuk terus terlibat dalam bidang pertanian.

Jamawi berharap agar kerjasama strategik ini dapat diteruskan demi mencapai pembangunan sektor pertanian yang mampan, serta memberi manfaat kepada rakyat Sabah secara keseluruhan.

Turut hadir dalam program berkenaan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan  dan Industri Makanan Datu Jumain Abdul Ghani,Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G kitingan Adun N.39 Tambunan dan Ahli Parlimen P.180 Keningau,Datuk George  Tulas Ketua Pegawai Eksekutif,Tan Sri Panglima Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tuan Azri Zaini Pegawai Daerah Tambunan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here