Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
JPN Sabah kumpul data kerosakan sekolah akibat banjir
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
JPN Sabah kumpul data kerosakan sekolah akibat banjir
Raisin berkata banjir yang berlaku secara berfasa itu menjejaskan 5,530 pelajar, 530 guru serta lebih 220 anggota kumpulan pelaksana sekolah.
Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam proses mengutip data mengenai kerosakan di 67 sekolah rendah dan menengah di enam daerah terjejas banjir di negeri ini baru-baru ini.

Pengarah JPN Sabah Datuk Raisin Saidin berkata banjir yang berlaku secara berfasa itu menjejaskan 5,530 pelajar, 530 guru serta lebih 220 anggota kumpulan pelaksana sekolah.

Advertisement
“Proses kutipan data jumlah sebenar kerosakan akibat banjir dijangka siap dalam masa terdekat dan laporan lengkap akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran progam Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (Sentosa) oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Raisin berkata ketika ini pihaknya menggunakan peruntukan sedia ada bagi kerja-kerja menyelenggara segera manakala baki keperluan kewangan akan dimohon daripada KPM.

Mengenai sekolah yang kerap dilanda banjir, beliau berkata cadangan pemindahan sedang dipertimbangkan sebagai langkah jangka panjang.

Advertisement
Mengambil contoh Sekolah Kebangsaan Bawang, Beluran yang sering dilanda banjir, beliau berkata pihaknya akan mencari tapak baharu bagi memastikan sekolah tidak lagi ditenggelami air akibat bencana itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here