Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
KWSP umum dividen 6.15 peratus, pembayaran RM79.6 bilion
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
KWSP umum dividen 6.15 peratus, pembayaran RM79.6 bilion
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Sabtu mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

Bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus daripada RM75.5 bilion pada 2024. 

Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata aset pelaburan meningkat kepada RM1.41 trilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 trilion didorong oleh pendapatan portfolio dan jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion.

“Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pada 2025 dengan menjana RM50.7 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jumlah ini mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024 manakala pulangan pelaburan (ROI) sederhana kepada 7.9 peratus berikutan ketidaktentuan pasaran global dan keadaan pasaran domestik yang lebih perlahan. Pelaburan Ekuiti Persendirian, yang merangkumi kira-kira 8 peratus daripada pelaburan ekuiti mencatatkan ROI sebanyak 10.5 peratus,” katanya semasa mengumumkan kadar dividen KWSP 2025, Sabtu. 

Kadar dividen tersebut akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ahmad Zulqarnain.

Advertisement
Beliau berkata pembayaran dividen adalah berdasarkan baki dalam akaun masing-masing, sama ada Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) atau Akaun 3.

“Kita tidak boleh mengambil dividen tersebut dan dimasukkan ke akaun lain,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan kadar dividen tersebut.

Advertisement
Ahmad Zulqarnain berkata ini juga berdasarkan Akta KWSP 1991, iaitu dividen mesti diagihkan mengikut akaun simpanan masing-masing.

Mengenai pembayaran dividen sebanyak 6.15 peratus berbanding 6.3 peratus tahun lepas, katanya prestasi pertumbuhan Bursa Malaysia sebanyak dua peratus berbanding 12 peratus pada tahun sebelumnya memberi impak kepada prestasi kewangan dana itu.

“Di samping itu, pengukuhan ringgit turut menyumbang kepada prestasi kewangan KWSP,” katanya.

Mengenai cadangan tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation, katanya KWSP, pemegang saham utama IJM, belum membuat keputusan mengenai tawaran itu berikutan dana tersebut menunggu penilaian bebas yang akan dikeluarkan pada 16 Mac.

“Kemudian kami akan meneruskan proses tadbir urus masing-masing dari segi membuat keputusan sama ada untuk menerima tawaran tersebut,” katanya.

Dilaporkan bahawa KWSP memegang 20 peratus kepentingan dalam IJM manakala Permodalan Nasional Bhd (PNB) memiliki bawah 13.5 peratus, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) (9.64 peratus), Urusharta Jamaah Sdn Bhd milik Kementerian Kewangan (2.84 peratus) dan Lembaga Tabung Haji (1.47 peratus). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here