Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Warga emas didakwa bunuh, kerat bekas tunang
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga emas didakwa bunuh, kerat bekas tunang
PILUTA Samad diiringi polis ke kenderaan selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki bekerja sendiri didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas pertuduhan membunuh bekas tunang berusia 44 tahun yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat di dalam tong sampah komuniti di Taman Indah Permai, Sepanggar.

Piluta Samad, 71, mengangguk dan menyatakan bahawa beliau memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Advertisement
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Piluta didakwa membunuh Hamidah Husin @ Lisa, seorang wanita tanpa dokumen pada 11 Februari antara jam 6 petang hingga 7 malam di sebuah rumah di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh memohon satu tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan DNA, patologi, forensik dan kimia.

Advertisement
Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan keseriusan kesalahan tersebut.

Mahkamah menetapkan 15 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.

Advertisement
Piluta tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here