Kota Kinabalu: Pengusaha pelancongan Bumiputera tempatan di Semporna menggesa pihak berkuasa tempatan mempermudah proses kelulusan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) mempercepatkan pelesenan.
Salah seorang pengusaha, pemilik Dayang Resort Noor Sharlisa Dawi berkata beberapa isu mendesak memerlukan perhatian segera.
“Pihak berkuasa tempatan mesti melaksanakan projek pembersihan marin secara berterusan dan pemulihan terumbu karang di zon pelancongan Semporna,” katanya.
Beliau turut menggesa agar infrastruktur awam dinaik taraf termasuk jalan raya, jeti, sistem pengurusan sisa dan bekalan air bersih.
Advertisement





