Kota Kinabalu: Seramai 40 individu dikenakan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas kesalahan berkaitan dadah.
Kesemua 40 individu itu dihadapkan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin dan Dzul Elmy Yunus.
Daripada jumlah itu, 29 mengaku bersalah memiliki syabu manakala selebihnya mengaku mengambil dadah di lokasi berasingan di Kota Kinabalu dan Penampang antara Oktober hingga Disember tahun lalu.
Seramai 29 individu yang didapati memiliki syabu dikenal pasti sebagai Amar Maruf, Irwan Muhamad, Nulhasan Abd Salleh, Md Shahrul Nizam, Mahadi Hassan, Hairil Afazil, Kee Hardyold, Raden Ajim, Azma Sarjan, Rizuan Florence, Mohd Jamri, Mackfadden Del, Tahir, Marizal Amin, Mohd Hamzah, Sulfarina Fidel, Wardi Ahmad, Jul Bari, Bibang Insilmani, Mohd Jul, Amirudin Anuar, Willam Ayau, Azrin Bayau, Nazri, Saldi Andi, Muhd Shah Rizal, Jepun Angkil, Suriyati Sairi dan Ardi Marthen. Mereka didapati memiliki syabu seberat antara 0.02 gram hingga 3.35 gram.
Seramai 22 daripada mereka dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga 10 bulan manakala selebihnya didenda antara RM1,800 hingga RM2,800 atau dihukum penjara antara enam hingga 10 bulan.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mahadi Hassan, Bibang Insilmani, Saldi Andi, Rizuan Florence, Murpi Dulahid, Mohd Shukri, Omar Basir, Md Alif Mazlan, Abd Malik, Md Hishamudin, Lo Chin Min, Mohd Qasim, Mohd Rizal, Sunil Jilan dan Najib Ibrahim mengaku mengambil syabu.
Seramai 12 daripada mereka dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga tujuh bulan manakala selebihnya didenda antara RM2,300 hingga RM2,500 atau dikenakan hukuman penjara antara tujuh hingga lapan bulan.
Inspektor Yusdi Basri dan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mengetuai pendakwaan.