Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Penularan virus Koi Herpesvirus terkawal: Jamawi
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Penularan virus Koi Herpesvirus terkawal: Jamawi
Jamawi menegaskan pihaknya tidak mahu kejadian itu memberi kesan serius sehingga menjejaskan populasi ikan seperti mana yang pernah berlaku terhadap babi hutan sebelum ini yang memerlukan tempoh hampir setahun untuk kembali stabil.
Kota Kinabalu: Penularan virus Koi Herpesvirus (KHV) yang menjejaskan ikan tagal di beberapa sungai di kawasan Tambunan, Keningau dan Tenom kini dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Jamawi Jaafar berkata tiada kes kematian baharu direkodkan selepas langkah pemantauan dan kawalan dilaksanakan Jabatan Perikanan sejak dua bulan lalu.

Advertisement
Menurut beliau pihaknya sebelum ini telah mengambil sampel di sungai terlibat sejurus menerima laporan daripada pengusaha tagal dan hasil analisis mengesahkan jangkitan berpunca daripada virus KHV.

“Pegawai-pegawai kita telah berada di lapangan sejak Disember lalu untuk menjalankan pemantauan rapi serta melaksanakan tindakan kawalan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setakat ini keadaan adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Penyelarasan Program Ramadan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) baru-baru ini. 

Awal Januari lalu ratusan bangkai spesis ikan Kelah dilaporkan ditemui terapung di beberapa sungai yang ditagal di Long Pasia, Tambunan dan Keningau hingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit.

Advertisement
Mengulas lanjut Jamawi berkata langkah berjaga-jaga terus dikuatkuasakan pihaknya termasuk arahan supaya tidak memindahkan ikan dari kawasan terjejas ke lokasi lain bagi mengelakkan risiko penularan virus tersebut.

Beliau turut memberi jaminan bahawa ikan dari kawasan terlibat adalah selamat untuk dimakan.

Advertisement
Bagaimanapun katanya siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca asal jangkitan termasuk kemungkinan faktor aliran sungai dari luar negara namun setakat ini tiada sebarang pengesahan dibuat.

“Terdapat kemungkinan ia berkait dengan kes yang dilaporkan di Kalimantan, Indonesia tahun lalu memandangkan aliran Sungai Padas bermula dari Kalimantan sebelum memasuki Sungai Pegalan dan seterusnya ke kawasan pedalaman Sabah.

“Bagaimanapun kita belum mengesahkan sebarang punca rentas sempadan dan perkara ini masih dalam kajian,” katanya.

Jamawi menegaskan pihaknya tidak mahu kejadian itu memberi kesan serius sehingga menjejaskan populasi ikan seperti mana yang pernah berlaku terhadap babi hutan sebelum ini yang memerlukan tempoh hampir setahun untuk kembali stabil.

Menurutnya larangan memburu masih dikuatkuasakan sementara menunggu keadaan benar-benar stabil memandangkan proses pemulihan populasi mengambil masa hampir setahun.

“Maklum balas terkini menunjukkan sudah ada pembiakan baharu di kawasan hutan dan populasi semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Kita berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kerjasama dengan tidak memburu buat masa ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here