Kota Kinabalu: Pasukan Shitoryu Sabah berjaya membawa pulang sebanyak 22 pingat pada kedudukan keempat bagi acara Kejohanan Karate Ajung KB Sentral Kejohanan yang berakhir ahad, di Kuala Belait, Brunei Darussalam.
Presidennya, Gesiri Gambung berkata, kejohanan yang julung kali diadakan di negara itu berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Februari.
Katanya, pasukan yang diwakili seramai 20 atlet itu meraih lapan pingat emas, lapan pingat perak dan tujuh pingat gangsa sepanjang kejohanan berkenaan.
“Pingat emas dimenangi oleh Christal Bethanny Gesiri Gambung (Kategori A kumite individu wanita -20kg), Arisha Nur Natisya Mohd Norman (Kategori B kumite individu wanita +25kg), Axel Aiden Alexander (Kategori B kumite individu lelaki -30kg).
“Selain itu, Sylisaac Immanuel Sylvalerian (Kategori C kumite individu lelaki +45kg), Elzy Elezendro Primus (Kategori F kumite individu lelaki -55kg), Marilyn John (Kategori J kata individu wanita), McRoyce Donovan Dagul (Kategori H kumite individu lelaki -75kg) dan Liam Isaiah Raja (Kategori D Kumite Individu Lelaki -50kg).
“Bagi pingat perak pula, ia diraih oleh Sylisaac Immanuel Sylvalerian (Kategori C kata individu lelaki), Charity Bea Gesiri Gambung (Kategori C kumite individu wanita -30kg), Lara Isidora Raja (Kategori C kumite individu wanita -35kg), Joanne Alyssa Norris (Kategori C Kumite Individu Wanita +40kg), Rayyan Iskandar Shah Mohd Norman (Kategori C kumite individu lelaki -35kg).
“Selain itu, Clovie Beverly Gesiri Gambung (Kategori D kumite individu wanita -45kg), Sylvalerian Joannes Mickey (Kategori I & J kumite individu lelaki) serta Ansley Aven Alexander (Kategori D kumite individu lelaki -50kg),” katanya dalam kenyataan, pada isnin.
Sementara itu, pingat gangsa pula dimenangi oleh Emily Myra Fong (Kategori B kata individu wanita), Gregory Benn Gesiri Gambung (Kategori F kumite individu lelaki -55kg), Thiery Christian Thomas (Kategori G kumite individu lelaki +75kg), Grebradley Bryan Gesiri Gambung (Kategori E kata individu lelaki), Theo Noah Thomas (Kategori E kumite individu lelaki +63kg), Grebradley Bryan Gesiri Gambung (Kategori E kumite individu lelaki -52kg) dan Joanne Alyssa Norris (Kategori C tali pinggang hijau wanita).
Menurut Gesiri, seramai 278 atlet dari Brunei Darussalam, Sarawak dan Sabah menyertai kejohanan terbabit.
“Pertandingan berkenaan, memberi peluang terhadap semua peserta menonjolkan bakat masing-masing termasuk peserta seawal usia enam tahun sehingga ke peringkat veteran berusia 40 tahun ke atas”.
“Tahniah saya ucapkan atas pencapaian cemerlang kesemua atlet Shitoryu Sabah, pengurus pasukan Marilyn John, jurulatih pasukan McRoyce Donovan Dagul dan terima kasih juga kepada ibu bapa serta jurulatih atas komitmen dengan sokongan berterusan,” ujarnya.