Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Cadangan Konsulat India perlu dikaji kerana bilangan mereka di Sabah terlalu kecil, kata Menteri
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Cadangan Konsulat India perlu dikaji kerana bilangan mereka di Sabah terlalu kecil, kata Menteri
Rina, yang juga Adun Kukusan, berkata cadangan berkenaan perlu dinilai dari sudut kesan jangka panjang kepada negeri ini, termasuk implikasi sosial, ekonomi dan hubungan antara kaum dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
TAWAU: Cadangan mewujudkan Konsulat India di Sabah perlu diperhalusi secara menyeluruh melalui komunikasi dua hala yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, perkara itu bukan keputusan di peringkat Kerajaan Negeri semata-mata, sebaliknya melibatkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang perlu diteliti dengan penuh berhati-hati.

Advertisement
“Biarlah kepimpinan negeri dan Persekutuan memperhalusi perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan lanjut,” katanya.

Menurutnya, sebarang pengumuman yang menyentuh kepentingan negeri wajar melalui proses komunikasi yang jelas dan bersepadu bagi mengelakkan salah faham serta polemik dalam kalangan masyarakat, khususnya di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di Sabah yang terkenal dengan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Rina, yang juga Adun Kukusan, berkata cadangan berkenaan perlu dinilai dari sudut kesan jangka panjang kepada negeri ini, termasuk implikasi sosial, ekonomi dan hubungan antara kaum dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Advertisement
Beliau mengakui terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat, termasuk pandangan negatif di media sosial yang mempersoalkan keperluan mewujudkan konsulat tersebut memandangkan populasi masyarakat India di Sabah adalah kecil berbanding negeri lain di Malaysia.

Namun demikian, beliau menegaskan bahawa golongan minoriti tetap perlu diraikan dan tidak boleh diketepikan dalam arus pembangunan negeri.

Advertisement
“Meskipun masyarakat India di Sabah merupakan kumpulan minoriti, kewujudan mereka tetap signifikan dalam mencorakkan kepelbagaian budaya negeri ini.

“Di Tawau sendiri terdapat kuil Hindu di kawasan Kukusan iaitu di Jalan Utara sebagai tempat ibadat masyarakat India. Ini menunjukkan kita sentiasa menghormati dan mengiktiraf kewujudan setiap kaum,” katanya.

Berkongsi sentimen sama, Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Sabah juga tidak memerlukan pekerja dari India kerana negeri ini sudah mempunyai jumlah pekerja asing mencukupi dari Indonesia dan Filipina, yang bertutur dalam Bahasa Malaysia.

“Oleh itu, kami tidak menyokong penubuhan Konsulat India di Sabah. Apa yang diperlukan ialah Konsulat Filipina, bukan Konsulat India,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan sokongan terhadap rancangan India untuk membuka sebuah konsulat di Kota Kinabalu semasa sidang media bersama Perdana Menteri India Narendra Modi pada 8 Feb. 

Konsulat yang dicadangkan itu dijangka memudah cara perdagangan, pelaburan, perancangan, pendidikan dan pertukaran kebudayaan, selain memperkukuh sokongan kepada komuniti India serta perniagaan yang beroperasi di wilayah sekitarnya.

Jeffrey berkata penubuhan Konsulat Filipina dilihat lebih mendesak berikutan isu melibatkan pendatang tanpa izin, hal ehwal rentas sempadan serta keperluan perkhidmatan konsular untuk warganegara Filipina di Sabah.

Beberapa pengguna turut mempersoalkan sama ada Kerajaan Sabah telah dirujuk berhubung cadangan berkenaan.

Ada juga yang berpandangan bahawa sebarang usaha untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan India mesti memberikan manfaat yang jelas kepada rakyat Sabah.

Jeffrey mencadangkan agar Anwar berunding dengan Presiden Filipina bagi menubuhkan sebuah konsulat Filipina di Sabah, memandangkan jumlah warganegara Filipina yang besar dan semakin meningkat di negeri itu, tidak termasuk mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan tetapi berasal dari negara tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here