Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Sabah perluas kawasan hutan dilindungi sepenuhnya kepada 30 peratus
Published on: Saturday, February 14, 2026
Published on: Sat, Feb 14, 2026
Text Size:
Text:
Sabah perluas kawasan hutan dilindungi sepenuhnya kepada 30 peratus
Hajiji berkata kepentingan hutan sebagai pelindung biodiversiti, penstabil iklim dan sumber rezeki tidak dapat dinafikan. 
Kota Kinabalu: Sabah memperluaskan lagi Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) melalui pewartaan lebih kurang 216,000 hektar kawasan baharu melibatkan kawasan hutan simpan komersial dan Tanah Kerajaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. 

Beliau berkata ini akan menjadikan TPA di Sabah meningkat kepada 2.227 juta hektar ataupun lebih kurang 30.06 peratus daripada keluasan tanah Sabah. 

Advertisement
“Pencapaian ini bukan sahaja akan membolehkan sasaran 30 peratus kawasan TPA tercapai, ia juga akan menaikkan imej Sabah sebagai negeri yang mempunyai TPA terbesar di Malaysia,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perhutanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Jumaat malam.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hajiji berkata kepentingan hutan sebagai pelindung biodiversiti, penstabil iklim dan sumber rezeki tidak dapat dinafikan. 

Beliau turut memuji usaha berterusan Jabatan Perhutanan untuk mencapai sasaran mewartakan 30 peratus daripada kawasan negeri Sabah sebagai TPA. 

Advertisement
Beliau menambah bahawa Jemaah Menteri telah pun bersetuju dengan cadangan Jabatan Perhutanan untuk mewartakan beberapa lagi kawasan perlindungan yang penting di bawah Seksyen 5A, Enakmen Hutan 1968, pada tahun lalu. 

“Ini menjadi satu petunjuk bahawa strategi yang digariskan melalui Dasar Hutan Sabah 2018 berupaya memandu pencapaian Jabatan ke aras pencapaian terbaik usaha konservasi negeri. 

Advertisement
“Perkara ini meletakkan Sabah di peta konservasi global, bukan sahaja dari aspek keluasan kawasan perlindungan, tetapi juga naratif usaha berterusan serta komitmen Kerajaan Negeri dalam mencapai sasaran polisi yang telah ditetapkan,” katanya. 

Ketua Menteri turut menggesa semua warga Jabatan Perhutanan untuk terus memastikan kutipan hasil melalui sektor perhutanan terus dilaksanakan secara telus dan berkomitmen. 

“Jabatan Perhutanan Sabah telah mengutip sebanyak RM161 juta dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM92 juta ataupun 57 peratus adalah daripada royalti kayu balak. Pencapaian ini membuktikan sektor Perhutanan masih kekal relevan di Sabah,” katanya. 

Berhubung kutipan hasil, beliau berkata Jabatan Perhutanan Sabah telah mengutip sebanyak RM161 juta pada tahun lalu dan daripada jumlah tersebut, RM92 juta atau 57 peratus adalah daripada royalti kayu balak. 

“Pencapaian ini membuktikan sektor perhutanan masih kekal relevan di Sabah dan sehubungan itu, saya mahu jabatan memastikan kutipan hasil melalui sektor perhutanan dilaksanakan dengan telus dan berkomitmen,” katanya. 

Hajiji juga menggesa agar Jabatan Perhutanan terus melaksanakan pelbagai program dan aktiviti mengenai alam sekitar bagi meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan perlindungan kawasan hutan. 

“Ini termasuklah menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk membina komuniti yang mementingkan kelestarian hutan dan alam sekitar. 

“Saya difahamkan bahawa pelbagai program jerayawara, seminar, ekspedisi saintifik dan outreach selain persidangan antarabangsa seperti Heart of Borneo (HoB) telah dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya. 

Sementara itu, beliau turut memuji Jabatan Perhutanan atas kejayaan menerima Anugerah Pengurusan Sumber Manusia terbaik tahun 2025, suatu pencapaian yang patut dijadikan contoh positif kepada jabatan dan agensi lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here