Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Identiti ibu Pelajar A diperjelaskan
Published on: Saturday, February 14, 2026
Published on: Sat, Feb 14, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Identiti ibu Pelajar A diperjelaskan
Kota Kinabalu: Tiada sebarang kerahsiaan berhubung identiti ibu Pelajar A yang digambarkan sebagai deponen “halimunan” dalam inkues kes Zara Qairina Mahathir di media sosial.

Peguam Joan Goh yang mewakili Pelajar A, yang kini didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung insiden melibatkan Zara, menjelaskan bahawa nota prosiding mahkamah dengan jelas merekodkan nama penuh serta nombor kad pengenalan ibu Pelajar A.

Advertisement
Goh berkata malah wakil media turut dibenarkan menghadiri prosiding yang dijalankan secara terbuka.

“Tidak benar untuk mengatakan identitinya disembunyikan. Nota prosiding menyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalannya, dan pihak media hadir secara terbuka di mahkamah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penerbitan maklumat tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ketat, yang bukan sahaja melarang penamaan kanak-kanak terlibat dalam prosiding, malah pendedahan sebarang maklumat yang boleh membawa kepada pengecaman identiti kanak-kanak berkenaan.

“Jika butiran penuh ibu itu diterbitkan, ia akan melanggar undang-undang kerana dengan menyiarkan maklumatnya, orang ramai boleh mengenal pasti Pelajar A. Itulah sebabnya terdapat perbezaan dari segi penerbitan antara deponen 62, 63 dan 64,” katanya.

Advertisement
Goh menambah,walaupun gambar dibenarkan untuk diterbitkan dalam beberapa kes lain yang melibatkan pesalah kanak-kanak, inkues Zara dikendalikan dengan lebih ketat berikutan implikasi media sosial,termasuk ancaman yang dilaporkan.

“Kes ini lebih ketat kerana kesan media sosial,di mana terdapat ancaman dan sebagainya yang boleh menjejaskan lima suspek yang didakwa serta ahli keluarga mereka. Oleh itu, pematuhan yang ketat diperlukan,” katanya.

Advertisement
Beliau menegaskan pada prinsipnya, pihak media sepatutnya dibenarkan hadir ketika pesalah kanak-kanak memberi keterangan supaya laporan dapat dibuat secara bertanggungjawab.

“Kisah mereka perlu diceritakan dan,dengan pelaporan yang bertanggungjawab oleh media, semua pihak berpeluang menyampaikan versi masing-masing. Namun mahkamah mengekalkan keputusan tiada media semasa keterangan tersebut,” kata Goh sambil menambah tiada VVIP terlibat dalam perkara itu.

Goh membuat penjelasan itu menerusi satu video di TikTok yang mendakwa terdapat “layanan istimewa” diberikan kepada deponen ke-62 berbanding deponen dewasa lain kerana butirannya tidak diterbitkan.

Video itu turut merujuk kepada deponen “halimunan” dalam inkues bagi menentukan punca kematian Zara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here