Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sandakan perlu jeti pelancongan baharu
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Sandakan perlu jeti pelancongan baharu
Vivian berkata ketika ini, ramai pelancong yang berkunjung ke pusat peranginan di pulau-pulau sekitar Sandakan terpaksa menaiki bot dari jeti berhampiran Pasar Pusat Bandar atau di sebelah Pejabat Pos
SANDAKAN: Sandakan amat memerlukan sebuah jeti pelancongan baharu bagi memudahkan pergerakan pelancong ke pulau-pulau peranginan di sekitar Sandakan.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata ketika ini, ramai pelancong yang berkunjung ke pusat peranginan di pulau-pulau sekitar Sandakan terpaksa menaiki bot dari jeti berhampiran Pasar Pusat Bandar atau di sebelah Pejabat Pos. 

Advertisement
Ditambah dengan pengurusan jeti yang bersifat eksklusif, beliau berkata keadaan ini juga menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pelancong.

Menurut beliau, Sandakan mempunyai potensi besar dalam bidang eko pelancongan, warisan sejarah dan budaya serta biodiversiti. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius cadangan pembinaan jeti pelancongan baharu di Sandakan,” katanya ketika perbahasan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026 di Dewan Rakyat.

Vivian berkata, ini ditambah lagi dengan pembukaan semula bekas Hotel Four Points by Sheraton yang kini di kenali sebagai Hotel Ormond, sebuah rangkaian hotel terkemuka di ibu negara dan bakal beroperasi tidak lama lagi di pusat bandar ini, serta perancangan pembangunan pusat pelancongan baharu di Pulau Berhala. 

Advertisement
Beliau juga menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur asas di Sandakan tidak boleh terus dipinggirkan dan memerlukan perhatian serta tindakan yang lebih serius daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ketika pelabur melihat potensi pembangunan Sandakan dan sanggup melaburkan modal di kawasan ini, kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan bergerak seiring, memperkukuh dan melengkapkan kemudahan infrastruktur di Sandakan agar lebih ramai pelabur dapat ditarik untuk melabur di sini.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here