Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Prosiding hina mahkamah terhadap Shafie ditangguhkan
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Prosiding hina mahkamah terhadap Shafie ditangguhkan
MOHD Shafie tiba di mahkamah pada Rabu.
Kota Kinabalu: Prosiding hina mahkamah terhadap Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataannya yang didakwa berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman (JR) yang bertujuan menghentikan inkues tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas sebahagiannya membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam Shafie terhadap permohonan komital (pemenjaraan) atas dakwaan hina mahkamah terhadapnya.

Advertisement
Bagaimanapun mahkamah menolak bantahan awal Mohd Shafie berhubung isu sama ada Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Koroner merupakan forum yang sesuai untuk mendengar prosiding hina mahkamah itu.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk sebutan lanjut melalui Zoom bagi mengemas kini status JR dengan kehadiran Shafie dikecualikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa prosiding pada Rabu dua isu dibangkitkan sebagai bantahan awal oleh Mohd Shafie (responden) iaitu isu forum berbeza yang memberikan perintah kebenaran untuk memulakan prosiding komital dan isu kekurangan bidang kuasa.

Dalam membuat keputusan mahkamah menyatakan bahawa beliau telah meneliti isu-isu tersebut dengan teliti dan merumuskan dapatan berikut:

Advertisement
Pertama berhubung isu forum berbeza yang memberikan perintah kebenaran memulakan prosiding komital, mahkamah berpendapat bahawa bantahan itu cacat kerana ia hanyalah kesilapan teknikal yang tidak sampai ke tahap menyalahi undang-undang.

Mahkamah turut menolak hujahan bahawa prosiding komital tidak teratur atau terbatal dari segi undang-undang, memandangkan perintah dibuat secara ex parte dengan kebenaran mahkamah dan hakim yang sama mempengerusikan kedua-dua inkues serta prosiding komital.

Advertisement
Kedua berhubung isu kekurangan bidang kuasa, mahkamah berpendapat bahawa mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai perlu dipatuhi sama ada undang-undang Persekutuan atau Negeri.

Namun memandangkan isu statut yang terpakai masih belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi melalui JR, prosiding komital wajar ditangguhkan.

Mahkamah menegaskan bahawa prosiding komital mempunyai implikasi hukuman jenayah dan meneruskannya ketika pertikaian undang-undang masih belum diputuskan boleh menjejaskan keadilan.

Bagaimanapun penangguhan hanya terpakai kepada prosiding komital dan bukan kepada inkues kematian Zara yang masih boleh diteruskan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalan bersama Christopher Enteri mewakili pihak pendakwaan, manakala Shafie diwakili peguam Chen Ket Chuin KC bersama Jakariya Ab Jalil dan Batholomew Jingulam.

Pada 21 November 2025 sebuah NGO memfailkan JR di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan inkues Zara atas alasan ia dijalankan di bawah undang-undang yang salah.

Ketua Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) Datuk Seri Mohammad Jeffry Rosman berhujah bahawa Sabah mempunyai Ordinan Inkues 1959 sendiri yang sepatutnya digunakan berbanding Kanun Prosedur Jenayah Persekutuan.

Beliau berkata undang-undang negeri itu masih sah dan mengandungi perlindungan khusus, termasuk peruntukan agar Koroner boleh memanggil juri dengan separuh ahlinya daripada kaum yang sama dengan si mati.

Jeffry mendakwa perlindungan ini tidak dipertimbangkan dalam inkues Zara menjadikan prosiding itu tidak teratur dan bertentangan dengan rangka kerja perundangan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here