Kota Kinabalu: Dua individu mengalami kecederaan selepas kebakaran memusnahkan tiga rumah di Kampung Tebobon, Manggatal, di sini, awal pagi Ahad.
Kebakaran itu menyebabkan seorang lelaki berusia 60 tahun melecur pada tangan, kaki dan belakang badan manakala seorang wanita berusia 48 tahun mengalami lecur ringan pada tangan kanan dan kaki kiri.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.
Susulan panggilan kecemasan pada jam 5.43 pagi, anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.
Seramai 20 anggota dikerahkan ke lokasi, terdiri daripada 10 anggota Balai Bomba Lintas dan 10 anggota Balai Bomba Kota Kinabalu sebagai bantuan.
Operasi berjaya dikawal pada jam 6.41 pagi.
Operasi tamat kira-kira jam 8.30 pagi.
Pihak polis dan kakitangan Sabah Electricity turut berada di lokasi bagi membantu.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.