Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Majaps mahu MAN setaraf dengan Mahkamah Syariah
Published on: Saturday, January 31, 2026
Published on: Sat, Jan 31, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Majaps mahu MAN setaraf dengan Mahkamah Syariah
PENAMPANG: Majlis Jaksa Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) percaya sudah tiba masanya Mahkamah Anak Negeri (MAN) diperkasakan setanding dengan Mahkamah Syariah di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Clarence B Malakun (gambar) berkata kedudukan institusi, kejelasan bidang kuasa, sumber, latihan, sokongan pentadbiran dan keyakinan awam terhadap MAN perlu diperkasakan lagi.

Advertisement
“Ini bukan mengenai persaingan di antara dua sistem perundangan ini tetapi lebih kepada keadilan, kesaksamaan dan pengiktirafan konsisten terhadap pelbagai undang-undang adat yang diamalkan di negara ini.

“MAN Sabah bukan sekadar forum penyelesaian pertikaian. Ia adalah institusi yang mencerminkan identiti dan nilai masyarakat,” katanya berucap di Seminar Memperkasa Keadilan Anak Negeri: Langkah Ke Hadapan di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seminar yang dihadiri kira-kira 500 Ketua Daerah, ketua-ketua kampung, WKAN, KAN dan pengamal-pengamal adat dari seluruh Sabah ini dianjur oleh Majlis Jaksa Jaksa Pendamai Sabah (Majaps).

Seminar ini katanya, diadakan dengan tujuan jelas iaitu mahu memperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem MAN di Sabah supaya ia terus relevan, dihormati dan efektif dalam rangka undang-undang Malaysia yang moden.

Advertisement
Beliau menekankan bahawa sebelum struktur undang-undang moden diperkenal, komunti Orang Asal Sabah sudah mengamalkan keadilan yang berasaskan adat, konsensus dan keharmonian komuniti.

“Prinsip-prinsip ini tetap kekal dan relevan sehingga ke hari ini,” katanya dan menambah, adat dan amalan tradisional Masyarakat Sabah adalah satu sistem yang memiliki nilai-nilai murni.

Advertisement
Menurutnya, adat Orang Asal negeri ini menekankan perdamaian, pemulihan hubungan, tanggungjawab komuniti, keadilan dan bersifat restoratif yang berakar umbi dalam budaya.

Clarence berkata kes-kes yang dikendalikan MAN menyelesaikan pertikaian bukan semata-mata untuk menghukum pesalah tetapi ia lebih kepada pendekatan memulihkan keseimbangan dalam komuniti melalui amalan Sogit (denda).

Beliau menekankan bahawa pendekatan restoratif atau pemulihan adalah salah satu kekuatan utama sistem adat tradisional Sabah.

Bekas Adun Moyog ini sedar bahawa seiring dengan perkembangan masyarakat dan undang-undang yang semakin kompleks, sistem MAN juga perlu berkembang mengikut peredaran masa.

MAN katanya perlu kukuh dalam kerangka undang-undang, mempunyai latihan profesional, kapasiti pentadbiran dengan sokongan dasar bagi memastikan sistem berfungsi dengan autoriti, berwibawa hingga memberi keyakinan kepada orang awam.

“Majaps berperanan sebagai jambatan untuk membawa pemimpin, badan kehakiman, pembuat dasar dan institusi berkaitan berbincang mengenai tanggungjawab bersama untuk memelihara masa depan keadilan masyarakat di Sabah.

“Dalam konteks ini Majaps akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan badan kehakiman lain untuk memperkukuhkan sistem MAN,” katanya dan merayu kepada kepimpinan Sabah agar institusi MAN diberikan sokongan dan perhatian sewajarnya.

Menurutnya, sokongan daripada kerajaan negeri amat penting supaya akhirnya MAN dijunjung tinggi setaraf dengan badan kehakiman lain di negeri ini.

Beliau berharap pertemuan ratusan ketua-ketua adat dan orang-orang tua yang memegang jawatan penting dalam masyarakat anak negeri Sabah dalam seminar ini akan menemui titik persefahaman untuk sama-sama memperkasakan MAN.

Pada asasnya, MAN di Sabah berfungsi sebagai institusi untuk mentadbir keadilan dalam kalangan masyarakat anak negeri. Bidang kuasanya direka untuk menegak dan mentadbir undang-undang adat anak negeri.

MAN mempunyai kuasa untuk mengadili perkara-perkara seperti pelanggaran undang-undang adat, pertikaian tanah, pewarisan, isu perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Mahkamah ini ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.

Kes yang dibicarakan di mahkamah anak negeri bermula di peringkat kampung yang dimediasi oleh Ketua Kampung. Jika ketua kampung, yang biasanya mempunyai pengetahuan mendalam tentang adat masyarakat, tidak dapat mengadili maka kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Anak Negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here