Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pendapat peribadi Azalina mengenai MA63: Hajiji
Published on: Saturday, January 31, 2026
Published on: Sat, Jan 31, 2026
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Pendapat peribadi Azalina mengenai MA63: Hajiji
“Itu pendapat beliau (kiri)… kami (Kerajaan Negeri) meneruskan rundingan untuk merealisasikan perkara-perkara MA63 yang masih belum diselesaikan,” kata Hajiji (kanan).
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pandangan yang disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah pendapat peribadi beliau.

“Itu pendapat beliau… kami (Kerajaan Negeri) meneruskan rundingan untuk merealisasikan perkara-perkara MA63 yang masih belum diselesaikan,” katanya.

Advertisement
Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen dan kesungguhan membantu menyelesaikan banyak perkara tertunggak di bawah MA63.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh hubungan serta mengekalkan kerjasama rapat, berterusan dan konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Azalina sebelum ini dilaporkan berkata MA63 tidak mengandungi peruntukan berkaitan pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas, dengan berhujah bahawa sektor berkenaan ditadbir oleh Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang meletakkan pemilikan dan hak ke atas sumber petroleum kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Menurut Azalina, walaupun MA63 merupakan dokumen penubuhan Malaysia, ia tidak memperincikan hal berkaitan petroleum. Beliau juga menyatakan MA63 tidak mentakrifkan peranan entiti berkaitan petroleum seperti Petronas atau Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Advertisement
Azalina turut menegaskan bahawa isu pengagihan gas kini berada di Mahkamah Persekutuan, menambah Kerajaan akan mematuhi keputusan muktamad mahkamah berhubung perkara itu.

Kenyataan Azalina bagaimanapun menerima kritikan daripada beberapa ahli Parlimen dan aktivis dari Malaysia Timur yang berpendapat tafsiran beliau terhadap MA63 terlalu sempit.

Advertisement
Antara hujah balas yang dikemukakan ialah prinsip kuasa baki, dengan pengkritik seperti Senator Robert Lau dan Baru Bian menegaskan bahawa “diam tidak bermaksud menyerah”. Mereka berhujah, memandangkan tanah dan mineral tidak dipindahkan secara nyata kepada bidang kuasa Persekutuan di bawah MA63, perkara itu sepatutnya kekal di bawah kuasa negeri.

Pihak lain turut merujuk Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958 yang mendahului pembentukan Malaysia dan tidak pernah dimansuhkan, sebagai bukti hak sedia ada Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya.

Penentang pandangan Azalina juga berhujah bahawa MA63 bertujuan melindungi autonomi Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Persekutuan, dan penguatkuasaan undang-undang Persekutuan seperti PDA untuk mengatasi hak negeri bercanggah dengan semangat dan maksud perjanjian tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here