Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Mesyuarat dalam  40 hari dapatkan jawapan rasmi MA63: MP
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Mesyuarat dalam  40 hari dapatkan jawapan rasmi MA63: MP
Vivian turut berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah berkaitan MA63 kerana tindakan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan tidak menghormati perjanjian bersejarah berkenaan.
SANDAKAN: Satu mesyuarat akan diadakan dalam tempoh 40 hari bagi mendapatkan jawapan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.

Beliau berkata pelaksanaan MA63 tidak seharusnya terus ditangguhkan kerana perkara itu penting bagi memastikan hak Sabah serta rakyatnya dapat ditunaikan seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

Advertisement
“Perkara ini penting supaya hak Sabah dan rakyatnya dapat dipenuhi seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian itu,” katanya.

Vivian turut berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah berkaitan MA63 kerana tindakan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan tidak menghormati perjanjian bersejarah berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apa yang kita di Sabah harapkan ialah satu jawapan muktamad mengenai MA63.

“Dalam hal ini, Ahli Parlimen dari Sabah tanpa mengira fahaman politik bersatu dalam memperjuangkan pelaksanaan MA63,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen Sandakan di sini, Sabtu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here