Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Tidak boleh laksana secara ‘satu saiz untuk semua': Rancangan Pendidikan Malaysia
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tidak boleh laksana secara  ‘satu saiz untuk semua': Rancangan Pendidikan Malaysia
Shafie (kiri) menyentuh keperluan memperkukuh sistem pendidikan di Sabah dengan menekankan kesepadanan antara latihan teknikal, kandungan pembelajaran dan keperluan industri bagi membantu kebolehpasaran golongan muda. Vivian (kanan) membangkitkan perkara sama dengan menjadikan kawasan Sandakan sebagai contoh kepada masalah infrastruktur pendidikan.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak berharap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dapat dilaksanakan secara inklusif dengan mengambil kira realiti infrastruktur pendidikan di kedua-dua negeri berkenaan.

Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berkata beliau menyambut baik pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun dan kemasukan ke Tahun Satu pada usia enam tahun secara sukarela, namun pelaksanaan dasar itu perlu seiring dengan kemudahan asas pendidikan terutama di luar bandar.

Advertisement
“Masih terdapat tabika yang daif, kekurangan bilik darjah mesra kanak-kanak dan guru terlatih serta isu penempatan guru di kawasan pedalaman. Dasar ini tidak boleh dilaksanakan secara ‘satu saiz untuk semua’,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Rabu.

Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) membangkitkan perkara sama dengan menjadikan kawasan Sandakan sebagai contoh kepada masalah infrastruktur pendidikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di Sandakan sekolah daif masih wujud, infrastruktur pendidikan masih ketinggalan dan murid tercicir akibat kemudahan asas yang lemah. Kami perlukan sekolah, kelas mencukupi dan lebih banyak (lagi). Masa yang kritikal untuk kerajaan mengambil tindakan supaya murid dan guru ada sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) menyentuh keperluan memperkukuh sistem pendidikan di Sabah dengan menekankan kesepadanan antara latihan teknikal, kandungan pembelajaran dan keperluan industri bagi membantu kebolehpasaran golongan muda.

Advertisement
Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pula berkata berdasarkan data kelahiran 2021, dijangkakan terdapat sekitar 440,000 anak-anak yang mencecah usia enam tahun pada 2027.

“Sekiranya purata setiap kelas adalah 35 murid, maka lebih 12,500 bilik darjah diperlukan, tentunya amat mencabar untuk Kementerian Pendidikan menyediakan semua bilik darjah tersebut dalam masa 11 bulan ini,” katanya.

Advertisement
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, meskipun terdapat gesaan supaya kemasukan ke Tahun Satu seawal umur enam tahun ditangguhkan atas pelbagai kebimbangan, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam arus pendidikan global dengan 137 negara telah melaksanakannya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tambahan RM800 juta akan diperuntukkan dalam belanjawan tahun ini bagi memenuhi keperluan segera termasuk pengambilan 18,000 guru baharu.

Persidangan bersam xbung.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here