Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Atlet Sabah sumbang 10 emas
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Atlet Sabah sumbang 10 emas
Jonathan Wong Kar Gee dalam lompat jauh T12 (6.83m).
Kota Kinabalu: Atlet para Sabah meraih pencapaian membanggakan dengan menyumbang 10 pingat emas pada Sukan Para Asean ke-13 2025 di Thailand melepasi sasaran awal lapan emas.

Selain itu, mereka turut memenangi 15 perak dan 15 gangsa sebagai sebahagian daripada keseluruhan kutipan pingat Malaysia iaitu 64 emas, 64 perak dan 73 gangsa.

Advertisement
Perenang Abdul Halim Mohammad muncul sebagai bintang pasukan dengan lima pingat emas menerusi acara 100m gaya bebas S8 – 1:02.91 (rekod baharu), 50m dada S8 – 34.33 (rekod baharu), 100m dada S8 – 1:16.16 (rekod baharu), 50m gaya bebas S9 – 27.56 (rekod baharu) dan 200m IM S7-8 – 2:41.89.

Lima lagi pingat emas disumbangkan oleh atlet olahraga Ivan Jovic Suan yang meraih tiga emas dalam acara 100m T44 (11.61s), 200m T44 (24.25s), 400m T64 – T44/63/64 (56.42s) serta masing-masing satu emas oleh Heronlee Wong dalam acara lempar cakera F37 (37.40m) dan Jonathan Wong Kar Gee dalam lompat jauh T12 (6.83m).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lapan pingat perak disumbangkan oleh acara renang menerusi Wahyu Eqwal Nazrey (50m kuak lentang S5 multi-class & 50m rama-rama S5 multi-class), Shahafiq Abdullah (100m dada SB7 multi-class), Ethan Khoo Yin Jun (200m IM SM14 multi-class & 400m IM SM14 multi-class), Sharlinie Valerie Wen Qin Voo (50m gaya bebas S6 multi-class), pasukan campuran 4x50m kuak lentang (S1-10) dan pasukan berganti campuran 4x100m gaya bebas (S1-10).

Olahraga pula menyumbang tujuh pingat perak menerusi Eddy Bernard (100m T44 & lompat jauh – gabungan T42/44/63), Elissieball Jonal (400m T20), Doriah Poulus (lembing F64 – gabungan F42/F44, F63, F64 & lontar peluru F64) dan Charmian Sikajat (lontar peluru F20).

Advertisement
Renang turut mencatat kutipan gangsa tertinggi dengan sembilan pingat menerusi Shahafiq Abdullah (200m dada SB7), Brenda Anelli Lerrey (50 meter kuak lentang S4-S5), Wahyu Eqwal Nazrey (100m rama-rama S5 & 100m kuak lentang S5), Ethan Khoo (100m kuak lentang S14, 400m gaya bebas S14, berganti campuran 4x100m gaya bebas S14 & berganti campuran 4x100m kuak lentang S14) serta Abd Halim (berganti campuran 4x100m kuak lentang S11-10).

Pingat gangsa selebihnya disumbangkan oleh Hereonlee Wong (lembing F37), Elissieball Jonal (lompat jauh wanita T20) dan Adderin Majurin (lontar peluru F34) dalam olahraga, Mohd Fauzan Ramlan (lelaki bawah 107kg) dalam acara powerlifting, Muhd Lizan Mat Sittim (perseorangan lelaki TT3) dan Brady Chin Zi Ping (beregu lelaki – MD18) dalam acara ping pong.

Advertisement
Selain itu, Norfitriwati Mat Salleh turut menyumbang satu pingat perak (perseorangan B8) dan satu gangsa (berpasangan B8) dalam acara demonstrasi lawn bowls, yang tidak dikira dalam kutipan pingat rasmi.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bagi memberi sokongan kepada atlet negeri meluahkan rasa bangga dengan kejayaan mereka mengharumkan nama negara sepanjang kejohanan tujuh hari itu.

Beliau berpendapat Sabah berpotensi menyumbang lebih banyak pingat emas sekiranya perenang Shahafiq Abdullah tidak mengalami demam.

Sepanjang berada di sana, Nizam turut melawat pusat sekretariat kontinjen negara dan venue pertandingan selain menyampaikan pingat kepada pemenang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here