Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
FMS bantu tingkat industri hiburan Sabah
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
FMS bantu tingkat industri hiburan Sabah
PEMUZIK dan penyanyi beraksi di FMS pada Disember lalu.
FESTIVAL Muzik Sabah (FMS) yang diadakan hampir setiap tahun dilihat pemangkin utama dalam menyemarakan industri seni muzik Sabah.

Walaupun ada beranggapan industri seni tempatan masih kerdil namun ia sentiasa dinamik sesuai dengan jolokan negeri ini sebagai lubuk seni.

Advertisement
Namun tanpa strategi bijak untuk mengetengahkan bakat-bakat luar biasa anak seni Sabah melalui pelbagai peluang yang ada inisiatif sama tidak akan dapat dikembangkan menjadi satu industri seni sebesar seperti di Kuala Lumpur.

 Chester.Pengerusi Penganjur FMS Chester Sinidol berkata festival tahun ini akan memberi tumpuan ‘membungkus semua bakat seni Sabah dalam bakul’ untuk membantu melonjakan sektor pelancongan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelancongan Sabah adalah antara yang paling dinamik di negeri ini.

“Oleh itu kita mesti merebut peluang dengan mempersiapkan anak-anak seni Sabah dalam bidang nyanyian, tarian, lakonan mahupun peragaan.

Advertisement
“Hal ini Sabah adalah lubuk seni di mana kita sudah melahirkan ramai bakat luar biasa dalam arena ini antaranya Marsha Milan, Stacy, Fanzi Ruji, Velvet dan ramai lagi.

“Kita juga mahu membudayakan pengetahuan seni yang pelbagai ini untuk diserapkan dalam pelbagai peluang dalam industri pelancongan,” katanya.

Advertisement
Menurut Chester pihaknya optimis bahawa penganjuran festival yang lebih besar dan konsisten bakal meletakan Sabah di peta dunia sebagai destinasi pelancongan budaya yang unggul. 

Dalam hal ini insan seni Sabah mempunyai peluang cerah untuk terbabit dalam aktiviti yang dirancangkan.

Beliau berkata melalui integrasi seni kreatif dan inovasi FMS mempunyai potensi menarik minat lebih ramai pelancong antarabangsa yang mencari pengalaman autentik dalam seni.

“Usaha ini dijangka memberikan impak ekonomi yang positif kepada komuniti setempat serta memperkukuhkan lagi penjenamaan Sabah sebagai hab seni dan budaya di rantau Asia Tenggara.

“FMS 2025 telah membuktikan perananya sebagai ejen penyatuan komuniti pelbagai etnik,” katanya menambah festival terbaru yang diadakan Disember lalu berjaya memanifestasikan peranannya.

Berlangsung selama dua hari di Dewan KDCA pada 27 hingga 28 Disember yang lalu Dewan Terbuka Koisaan Cultural Village KDCA menjadi medan penting dalam meraikan kekayaan warisan budaya negeri Sabah sebagai acara penutup tahun yang signifikan.

Seramai 110 peserta belia yang terdiri daripada kumpulan pemuzik dan penari dari pelbagai daerah mengambil bahagian dalam festival terbabit.

Antaranya kumpulan Tuni Sundatang (Ranau), Dendang Borneo (Beaufort), The Razali Kulintangans (Papar), Rayon Sitim (Penampang), Aras Bayu (Kota Kinabalu), Era Budaya (Papar), Seni Kreatif Sabah (Kota Kinabalu) dan Kelab Silat Olahraga Wira Tempur (Sipitang).

Kolaborasi Festival ini direalisasikan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi dana GSSK202, Sabah Tourism Board (STB) dan Jabatan Ketua Menteri. 

Rakan strategik penganjur termasuk JKKN Sabah, Borneo Music and Sound Technology, Geram Beat Kota Kinabalu serta ASL Tuaran juga memberikan sokongan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here