Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Masiung: Ketepikan politik, utamakan keperluan rakyat
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Masiung: Ketepikan politik, utamakan keperluan rakyat
Masiung berkata PRK yang diadakan tidak akan mengubah kedudukan kerajaan sedia ada, namun memberi peluang kepada pengundi untuk memilih wakil yang sehaluan dengan pentadbiran kerajaan bagi memastikan pelaksanaan pembangunan berjalan lebih lancar.
TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah, menyeru semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan perhatian kepada penyelesaian isu-isu mendesak yang dihadapi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Beliau berkata persaingan politik sememangnya tidak dapat dielakkan ketika pilihan raya, namun kerjasama amat penting selepas kerajaan dibentuk.

Advertisement
“Selepas pilihan raya, kita perlu menerima hakikat bahawa tiada satu parti mampu mentadbir secara bersendirian. Apa yang penting sekarang ialah kerjasama, seperti yang dapat dilihat di peringkat Persekutuan dan kini diamalkan di Sabah,” katanya.

Masiung mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag yang diadakan susulan pemergian pemimpin kawasan itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun ia bukan sesuatu yang kita minta, kita perlu bergerak ke hadapan. Politik bersifat dinamik dan perubahan boleh berlaku dengan sangat pantas,” katanya sambil menambah bahawa politik beremosi hanya akan menghalang pembuatan keputusan yang rasional.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sentuhan Kasih Desa @ Kuamut yang diadakan di Dataran Tongod, pada Khamis.

Advertisement
Masiung menegaskan bahawa pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan yang berkeupayaan menyelesaikan masalah rakyat, bukannya memanjangkan pertikaian serta persaingan politik.

Menyentuh pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan Negeri, beliau berkata kematangan politik terserlah apabila bekas seteru politik mampu bekerjasama demi kepentingan bersama.

Advertisement
“Perjuangan sebenar kita sekarang ialah membasmi kemiskinan, menangani kekurangan infrastruktur dan keterbatasan sumber ekonomi, terutama di kawasan pedalaman Sabah,” katanya.

Masiung berkata PRK yang diadakan tidak akan mengubah kedudukan kerajaan sedia ada, namun memberi peluang kepada pengundi untuk memilih wakil yang sehaluan dengan pentadbiran kerajaan bagi memastikan pelaksanaan pembangunan berjalan lebih lancar.

“Seorang wakil rakyat bukan sekadar berucap di Dewan, tetapi juga perlu mempunyai akses langsung kepada kepimpinan Persekutuan dan Negeri bagi membawa pembangunan secara berkesan ke kawasan,” katanya.

Beliau turut menggesa pengundi di Kuamut supaya memanfaatkan peluang yang wujud hasil hubungan kukuh antara kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mendapatkan perhatian serta bantuan yang lebih besar untuk kawasan berkenaan.

“Tiada lagi masa untuk konflik dalaman. Kuamut memerlukan perhatian serius dan rakyat perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here