Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
17 rumah atas air terbakar di Putatan
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
Text Size:
Text:
17 rumah atas air terbakar di Putatan
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Kg Dumpil.
PUTATAN: Sebanyak 17 rumah atas air di Kampung Dumpil, di sini, rosak dalam kebakaran awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.59 pagi dan tiba di lokasi kejadian, kira-kira empat kilometer dari balai, lima minit kemudian.

Advertisement
Kebakaran tersebut melibatkan 17 rumah tidak kekal, dengan 14 rumah musnah sepenuhnya, sebuah rumah mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus, manakala dua lagi masing-masing rosak sekitar 10 peratus.

Seramai 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang dikerahkan bagi memadamkan kebakaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi pemadaman turut dibantu oleh kakitangan Sabah Electricity dan pihak polis, selain penggunaan sumber air dari sungai berhampiran serta jentera bomba.

Kebakaran dikawal sepenuhnya pada 8.04 pagi dan operasi ditamatkan pada 12.51 tengah hari selepas pihak berkuasa memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here