Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Penerbangan terus Hong Kong–Tawau lakar satu lagi detik penting
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penerbangan terus Hong Kong–Tawau lakar satu lagi detik penting
Chia dan Tan.
TAWAU: Penerbangan terus Hong Kong–Tawau yang dijadualkan beroperasi secara rasmi hari ini (Selasa), melakar satu lagi detik penting bagi rangkaian penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Tawau (LTT).

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau (CCCT) Sabah, Chia Seong Fatt berkata, Hong Kong merupakan pusat kewangan, perdagangan dan penerbangan antarabangsa yang penting, selain menjadi titik pertemuan budaya Timur dan Barat serta mempunyai hubungan rapat dengan rantau Asia Tenggara.

Advertisement
“Pembukaan penerbangan terus antara Hong Kong dan Tawau bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua destinasi, malah menyediakan akses antarabangsa yang lebih langsung dan cekap kepada Tawau dalam bidang pelancongan, perdagangan serta pertukaran budaya,”katanya.

Tambahnya, laluan baharu itu dijangka meningkatkan keupayaan antarabangsa Tawau, membolehkan lebih ramai pelancong luar mengunjungi dan mengenali Tawau dengan lebih mudah, di samping membuka peluang baharu kepada perusahaan tempatan, pengusaha pelancongan serta industri berkaitan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pembukaan laluan itu juga bukan sahaja memperkukuh hubungan udara antara Tawau dan bandar-bandar antarabangsa, malah mengukuhkan peranan daerah ini dalam rangkaian penerbangan serantau dan antarabangsa, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada pembangunan bandar ini.

Sementara itu, Naib Presiden CCCT, William Tan berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengurusan LLT dan beberapa pertubuhan tempatan bagi menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung tersebut.

Advertisement
Katanya, majlis itu bertujuan mahu menampilkan keunikan dan kemesraan Tawau menerusi elemen tempatan kepada para penumpang dari Hong Kong, termasuk persembahan tarian singa yang ditaja secara peribadi oleh presiden dewan dan penyerahan cenderahati.

Pihaknya berharap penumpang penerbangan sulung akan memperoleh pengalaman yang bermakna serta tanggapan pertama yang positif terhadap Tawau.

Advertisement
Dalam pada itu, CCCT merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan bantuan bagi merealisasikan pembukaan laluan penerbangan tersebut, termasuk Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Begitu juga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah, pihak pengurusan LTT, syarikat penerbangan dan tujuh persatuan kaum Tionghua utama di Tawau.

Selain itu, Persatuan Peniaga-peniaga Makanan Dan Minuman Tawau, Persatuan Pemberita Tawau, serta pelbagai pertubuhan masyarakat dan tokoh masyarakat yang sentiasa menyokong pembangunan daerah ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here