Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Amal politik matang, elak sentuh isu 3R
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Amal politik matang, elak sentuh isu 3R
LAHAD DATU: Semua pihak digesa mengamalkan politik matang dan menjauhi isu sensitif, khususnya membabitkan 3R (kaum, agama dan institusi diraja), termasuk sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan–Lamag.

Pemerhati politik dan aktivis masyarakat, M. Ridzal (gambar) berkata kempen PRK berkenaan kini menunjukkan tanda-tanda dicemari tindakan segelintir penyokong tidak bertanggungjawab yang cuba mengheret institusi Istana ke dalam perjuangan politik mereka.

Advertisement
Menurut beliau, penggunaan gambar Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dalam bahan atau naratif kempen tertentu jelas mencetuskan polemik serta disifatkan sebagai tidak beradab dan melampaui batas etika politik.

“Tindakan ini bukan lagi sebahagian daripada strategi kempen yang sihat, sebaliknya melibatkan isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
M. Ridzal berkata, sebagai pemerhati politik, beliau melihat perbuatan itu sebagai langkah terdesak untuk mencipta persepsi dan membangkitkan emosi pengundi, sekali gus mengaburkan pertimbangan rasional rakyat.

“Mengaitkan institusi istana dengan kempen parti tertentu bukan sahaja tidak beretika, malah mengelirukan rakyat serta memberi gambaran seolah-olah institusi tertinggi negeri berpihak kepada mana-mana blok politik,” katanya.

Advertisement
Beliau menegaskan bahawa istana tidak wajar dijadikan “alat” propaganda politik. Sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman merupakan ketua negeri yang berada dalam kerangka institusi istana dan tertakluk kepada prinsip berkecuali.

“Sebarang cubaan mengaitkan Tun Musa secara langsung atau tidak langsung dalam kempen politik merupakan satu bentuk manipulasi berbahaya yang boleh mencemarkan prinsip neutraliti institusi istana, yang menjadi tunjang kestabilan sistem pemerintahan negeri,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, M. Ridzal menggesa semua pihak kembali kepada amalan politik matang berasaskan hujah dasar, rekod perkhidmatan serta tawaran masa depan kepada rakyat, bukannya mencipta naratif palsu dengan menunggang institusi yang dihormati demi kelebihan jangka pendek.

“PRK ini seharusnya menjadi medan persaingan idea dan tawaran pembangunan yang sihat, selari dengan semangat demokrasi matang dengan menghormati peranan istana sebagai payung negeri yang bebas daripada kepentingan politik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here