Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
24 PTI ditahan dalam operasi bersepadu di Kota Kinabalu
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
Text Size:
Text:
24 PTI ditahan dalam operasi bersepadu di Kota Kinabalu
ANGGOTA penguatkuasa sedang menjalankan operasi tersebut.
Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Sabah menahan 24 pendatang tanpa izin (PTI) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama dua hari di sekitar ibu negeri ini.

Operasi bersepadu melibatkan Ops Mahir, Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Gegar itu dilaksanakan pada 15 dan 16 Januari lalu, dengan penyertaan seramai 29 pegawai daripada Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu.

Advertisement
Dalam operasi berkenaan, enam premis diperiksa dan seramai 111 individu yang terdiri daripada warganegara Malaysia serta warga asing telah disaring. 

Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 24 individu disyaki pendatang tanpa izin, melibatkan 10 lelaki dan 14 wanita. Mereka terdiri daripada 15 warga Filipina dan sembilan rakyat Indonesia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesemua mereka dipercayai melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.

Mereka dibawa ke Depot Imigresen Papar untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Advertisement
Jabatan menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin serta memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang imigresen negara.

Menurut kenyataan itu, operasi seumpama ini dilaksanakan secara berterusan di seluruh Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan menangani isu pendatang asing tanpa izin di negeri ini, yang mempunyai sempadan maritim dengan selatan Filipina serta wilayah Indonesia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here