Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Penghargaan, terima kasih kepada rakyat Sabah
Published on: Monday, January 19, 2026
Published on: Mon, Jan 19, 2026
Text Size:
Text:
Penghargaan, terima kasih kepada rakyat Sabah
HAJIJI (kanan) bersalam dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Penghargaan dan Terima Kasih di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, pada Sabtu.
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah, jentera parti, penjawat awam serta semua pihak yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Sabah secara terancang, inklusif dan mampan.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran negeri merupakan prasyarat penting bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan rakyat.

Advertisement
Hajiji turut menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh tadbir urus kerajaan negeri serta memastikan agenda pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus, menyeluruh dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan dan Terima Kasih di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, isterinya Datin Seri Juliah Salag.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis itu dianjurkan oleh Hajiji sebagai sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakyat, jentera parti serta jentera pentadbiran yang terus berdiri teguh menyokong kepimpinan beliau dan Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan Sabah.

Ketibaan Hajiji bersama Juliah disambut meriah dengan iringan persembahan kebudayaan, bacaan doa serta tayangan ucapan khas yang memaparkan mesej penghargaan dan komitmen berterusan Ketua Menteri kepada rakyat Sabah.

Advertisement
Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan hiburan daripada barisan artis tempatan dan artis jemputan dari Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan program itu sebagai platform mendekatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam suasana santai namun penuh makna.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Rozaimie, Marleynnie, Ray Kimara, MJ Abadey, Misha Omar dan Datuk Jamal Abdillah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here