Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sokong perketat kelulusan Rumah Mesra SMJ
Published on: Monday, January 19, 2026
Published on: Mon, Jan 19, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sokong perketat kelulusan Rumah Mesra SMJ
Mohd Ridhwan Angayas.
NABAWAN: Pemimpin akar umbi menyambut baik serta menyokong saranan Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperketatkan proses kelulusan dan pelaksanaan program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Anak Negeri Mukim Pagalungan Mohd Ridhwan Angayas berkata cadangan yang disuarakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Rubin Balang mengenai permohonan rumah mesra rakyat SMJ mengikut kategori dan tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan pengkalan data e-Kasih amat dialu-alukan oleh masyarakat di peringkat akar umbi.

Advertisement
Katanya sejak rumah mesra SMJ diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang mewajibkan nama pemohon terdapat dalam pengkalan data e-Kasih menyebabkan ada dalam kalangan rakyat sepatutnya layak mendapat bantuan rumah tersebut tercicir.

“Hal ini kerana mereka tidak berdaftar dalam pengkalan data e-Kasih walhal mereka layak berdasarkan latar belakang kehidupan keluarga tidak berkemampuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Meskipun pemohon wajib berdaftar dalam pengkalan data e-Kasih tetapi penilaian lain perlu diambil kira.

“Penilaian hendaklah dibuat melalui dokumen yang disertakan dalam permohonan penama seperti sijil kahwin bagi anak muda yang baru berkahwin berserta gambar rumah yang didiami” katanya.

Advertisement
Bagi ibu tunggal jelasnya sijil cerai perlu diteliti dan jika statusnya kematian suami, sijil mati perlu disertakan dalam permohonan sekiranya status pemohon sudah bercerai.

Beliau berkata sistem dan pengurusan untuk rumah percuma ini sangat baik kerana Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah bagi daerah kecil membuat pilihan yang tepat kerana semua permohonan datangnya dari Pengerusi JKKK kampung masing-masing kerana keperluan tersebut berdasarkan kelayakan pemohon.

Advertisement
“Penglibatan pemimpin akar umbi bersama dengan Pejabat Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan jabatan-jabatan yang berkaitan adalah penting dalam memastikan pelaksanaanya berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Rubin Balang dalam satu kenyataan selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kepada kementerianya baru-baru ini berkata Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperketatkan proses kelulusan dan pelaksanaan program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) susulan aduan awam berkaitan kelayakan dan agihan skim perumahan percuma kerajaan itu.

Katanya pemilihan penerima tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pangkalan data e-Kasih sebaliknya keputusan muktamad kini akan dibuat oleh jawatankuasa yang baru dibentuk di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Rubin berkata sebelum ini tiada struktur menyeluruh bagi menentukan pemilihan penerima serta memastikan pelaksanaan yang berkesan.

“Dari segi kelayakan setakat ini ia banyak bergantung kepada data e-Kasih. Mereka yang diluluskan di bawah e-Kasih diberi keutamaan dalam pembinaan Rumah Mesra SMJ.

“Jawatankuasa baharu itu akan dianggotai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Ketua Daerah, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah.

“Jawatankuasa ini akan membuat keputusan kelulusan, menyelia pelaksanaan serta memantau projek,” ujarnya.

Beliau berkata pemohon yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih akan terus diberi keutamaan namun mereka yang belum berdaftar masih boleh memohon melalui Adun atau PPM masing-masing untuk dibawa ke jawatankuasa tersebut.

Rubin turut menggesa semua pejabat daerah dan daerah kecil memperkukuh papan pemuka data masing-masing bagi memudahkan perancangan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat pada Rabu. Kita juga akan mempertimbangkan jarak rumah dengan pencawang elektrik dan rangkaian bekalan air terdekat. Jika rumah berhampiran infrastruktur sedia ada tetapi tiada tiang elektrik kita akan memasangnya. Begitu juga dengan bekalan air,” tambahnya.

Beliau berkata kos pembinaan Rumah Mesra SMJ akan disemak semula berikutan peningkatan harga bahan binaan serta kos logistik dan pengangkutan.

“Kos lama tidak lagi relevan. Perbincangan akan diadakan dengan Menteri Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengenai cadangan penetapan kos baharu Rumah Mesra SMJ,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here