Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pejabat Daerah pantau projek baik pulih hakisan Sungai Padas
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Pejabat Daerah pantau projek baik pulih hakisan Sungai Padas
HAKISAN di sepanjang Jalan Kampung Binunuk.
BEAUFORT: Pejabat Daerah akan terus memantau secara rapi pelaksanaan projek pembaikan hakisan di beberapa lokasi sepanjang Sungai Padas yang rosak akibat banjir, kata Pegawai Daerah Mohd Nazri Ajun.

Antara kerja pembaikan utama ialah pemulihan cerun tebing sungai sepanjang kira-kira 250 meter di Jalan Binunuk, berikutan kawasan itu terjejas teruk akibat banjir dan arus deras Sungai Padas.

Advertisement
“Jika pembaikan tidak dilaksanakan, ia akan menjejaskan akses penduduk ke pekan dan pembaikan segera perlu dilakukan kerana keadaan ini menimbulkan risiko yang lebih besar kepada komuniti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan tapak ke projek pembaikan tanah runtuh di Kampung Binunuk, baru-baru ini.

Jika tidak dibaiki, kerosakan itu akan menjejaskan penduduk kerana mereka tidak dapat bergerak ke pekan Beaufort atau ke lokasi lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
HAKISAN di sepanjang Jalan Kampung Binunuk.Nazri berkata sejak tahun lalu perbincangan telah diadakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengambil tindakan segera untuk membaiki cerun yang rosak di sepanjang jajaran 250 meter itu.

Tambahnya, projek pembaikan cerun berkenaan dilaksanakan oleh JKR Beaufort di bawah program Pembangunan Infrastruktur Kampung dengan peruntukan berjumlah RM5.5 juta.

Advertisement
Insiden runtuhan cerun itu dikaitkan dengan kejadian banjir kerap serta hujan lebat berpanjangan, yang menyebabkan arus sungai menjadi lebih deras dan memburukkan keadaan tebing sungai.

Selain itu, lima hingga enam lokasi lain di sepanjang Sungai Padas telah dikenal pasti sebagai kawasan kritikal. 

Advertisement
Penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu kerana hakisan dan banjir boleh berlaku semasa tempoh hujan lebat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here