Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Keperluan hospital swasta di Sandakan makin mendesak: Chong
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Keperluan hospital swasta di Sandakan makin mendesak: Chong
Chong berkata keperluan pembinaan hospital swasta itu didorong oleh peningkatan jumlah pesakit susulan pertambahan kepadatan penduduk di daerah ini serta kawasan sekitarnya.
SANDAKAN: Keperluan pembinaan hospital swasta di Sandakan dilihat semakin mendesak bagi mengurangkan beban yang ditanggung Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong berkata keperluan pembinaan hospital swasta itu didorong oleh peningkatan jumlah pesakit susulan pertambahan kepadatan penduduk di daerah ini serta kawasan sekitarnya.

Advertisement
Perkara itu dibincangkan dalam satu mesyuarat antara barisan wakil rakyat Parti Warisan Sandakan yang diketuai Calvin Chong bersama Pengarah HDOK Dr Fahmie Othman, yang memberi tumpuan kepada cabaran perkhidmatan kesihatan, kebajikan pesakit serta keperluan infrastruktur hospital.

Menurut Dr Fahmie, HDOK ketika ini menampung keperluan rawatan hampir 900,000 penduduk melibatkan Sandakan serta beberapa daerah lain termasuk Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan kawasan pedalaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Keadaan itu menyebabkan tekanan ketara terhadap kapasiti hospital termasuk tempoh menunggu pesakit yang panjang, kekurangan tempat letak kereta serta peningkatan beban kerja kakitangan kesihatan.

Dalam mesyuarat berkenaan, barisan wakil rakyat Parti Warisan yang terdiri daripada Adun Tanjung Papat, Alex Thien; Adun Sekong, Alias Sani; Adun Karamunting, Alex Wong; Adun Sungai Sibuga, Lisa Alban; serta Adun Gum-Gum, Arunarnsin Taib, sepakat menyatakan bahawa kewujudan hospital swasta mampu berperanan sebagai rakan strategik kepada hospital kerajaan, khususnya dalam merawat pesakit yang mempunyai perlindungan insurans.

Advertisement
“Langkah ini secara tidak langsung membolehkan hospital kerajaan memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah serta pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan bersubsidi,” kata Chong.

Selain faktor peningkatan populasi, isu penempatan dan kekurangan tenaga kerja kesihatan turut menambah tekanan terhadap sistem sedia ada, katanya, dan menambah, keperluan untuk menempatkan lebih ramai pegawai kesihatan tempatan dari Sabah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan yang lebih stabil dan berkesan.

Advertisement
Dari sudut infrastruktur, HDOK sedang merancang beberapa projek naik taraf termasuk pembinaan tempat letak kereta baharu serta penambahbaikan kemudahan asas.

Namun, pelaksanaan projek berkenaan berdepan cabaran struktur tanah dan kedudukan hospital yang berhampiran laut, sekali gus memerlukan kajian teknikal serta kos pembinaan yang lebih tinggi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here